CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26936|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cuaca panas: Bomba Pulau Pinang padam 12 kebakaran terbuka dalam tempoh 12 jam

[Copy link]
Post time 25-1-2026 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas: Bomba Pulau Pinang padam 12 kebakaran terbuka dalam tempoh 12 jam

BERNAMA





GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP



Georgetown: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memadam 12 kebakaran terbuka dalam tempoh 12 jam hari ini, susulan cuaca panas dan kering yang melanda negeri itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri John Sagun Francis berkata, dari 8 pagi hingga 8 malam, pihaknya menerima 29 panggilan kecemasan dengan 17 daripadanya melibatkan kes kebakaran.

"Daripada keseluruhan kes kebakaran itu, 10 kejadian melibatkan kebakaran lalang dan belukar yang dipengaruhi oleh keadaan cuaca kering serta berangin ketika ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, beliau berkata dua kes kebakaran sampah turut direkodkan di Kepala Batas dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran sisa secara terbuka oleh penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, selain tidak membuang puntung rokok merata-rata bagi mengelakkan risiko kebakaran yang lebih serius khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering.



Disiarkan pada: Januari 23, 2026 @ 10:22pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1314593/cuaca-panas-bomba-pulau-pinang-padam-12-kebakaran-terbuka-dalam-tempoh-12




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.040581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list