CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12951|Reply: 0

[Johor] Wakaf sebagai sektor ekonomi ketiga melalui pendekatan 'berbisnes' untuk beramal

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:47 AM | Show all posts |Read mode

Bukhari (kiri) ditemui meraikan pengamail media pada Program Kupi-Kupi Waqaf An-Nur bersama Media. FOTO IHSAN Waqaf An-Nur

Johor Bahru : Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) berhasrat untuk mengangkat wakaf sebagai sektor ekonomi ketiga negara melalui pendekatan 'berbisnes' untuk beramal.

Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur, Bukhari Abd Rahman berkata, hasrat itu dapat dicapai dengan hasil perniagaan digunakan bagi mengembangkan nilai aset wakaf.

Beliau berkata, setakat ini, antara pembabitan perniagaan Waqaf An-Nur termasuk Larkin Sentral Property Berhad, Waqaf An-Nur Gold dan Aspirasi An-Nur.

"Waqaf An-Nur turut berkongsi pelaksanaan aktiviti bersifat inklusif sejak awal penubuhannya yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

"Sebagai contoh, perkhidmatan kesihatan di Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur sudah merekodkan lebih 200,000 rawatan dengan kira-kira 10 peratus penerima terdiri daripada bukan Islam.

"Selain itu, Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn yang dikenali sebagai Masjid Pelancongan turut menempatkan Islamic Information Centre (IIC) yang sentiasa terbuka kepada rakan-rakan bukan Islam untuk lawatan, sesi penerangan dan dialog.

"IIC ini kini sedang melalui proses naik taraf bagi menjadikannya lebih interaktif serta berpotensi sebagai destinasi pelancongan ilmu utama di Johor seterusnya menyokong kempen Tahun Melawat Johor 2026," katanya.

Terdahulu, Bukhari ditemui pada Program Kupi-Kupi Waqaf An-Nur bersama Media yang dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara Waqaf An-Nur dan rakan-rakan media.

Dalam ucapannya, Bukhari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan media yang sentiasa memberikan sokongan serta liputan berterusan terhadap aktiviti Waqaf An-Nur, khususnya sepanjang sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Waqaf An-Nur, tahun lalu.

"Peranan media amat penting dalam memastikan masyarakat memahami konsep wakaf secara menyeluruh dan telus.

"Wakaf bukan sahaja merangkumi sumbangan harta, malah turut membabitkan wakaf tenaga, masa dan kepakaran, di mana liputan dan penulisan media itu sendiri adalah satu bentuk wakaf tenaga yang memberi impak besar kepada institusi wakaf dan masyarakat," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sepanjang tahun ini, Waqaf An-Nur sudah merancang pelbagai aktiviti utama antaranya Perasmian Masjid Bandar Tiram, program Ramadan Mosque Open Day, pelancaran Blueprint dan Smart Terminal Larkin Sentral selain program-program membela ummah.

Sumber : harian metro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.235626 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list