CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21332|Reply: 3

[Tempatan] PM nafi kerajaan serah lebih 5,000 hektar tanah sebagai pampasan 3 kampung masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 24-1-2026 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2026 02:30 AM



PM nafi kerajaan serah lebih 5,000 hektar tanah sebagai pampasan 3 kampung masuk Malaysia




Anwar menyampaikan ucapan pada Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir hari ini.



PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Beliau berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan secara baik dalam mencari penyelesaian berhubung isu tiga kampung yang dilaporkan termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

"Ini tidak betul (penyerahan tanah). Tetapi kita akan berunding secara baik," katanya ringkas ketika ditemui pada Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Tiga kampung itu ialah Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas yang terletak berdekatan sempadan Tawau, Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makhruzi Rahman, pada mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Kompleks Parlimen, Senayan, Rabu lalu.

Makhruzi dilaporkan berkata, perubahan itu berkait penyelesaian beberapa 'Outstanding Boundary Problem' (OBP) atau isu sempadan yang sebelum ini belum dimuktamadkan antara Indonesia dengan Malaysia, khususnya membabitkan Pulau Sebatik yang terbahagi kepada dua pentadbiran negara.

Makhruzi dilapor menjelaskan, tiga OBP dipersetujui secara rasmi melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) pada Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia Ke-45 yang berlangsung di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2026 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya gosip tu betul.


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 10:14 PM | Show all posts
On the contrary, dah berapa pati ndon dapat aisi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihh sangat     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kukku
akku3kukku
Views : 505 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 3552 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26385 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 9670 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 5558 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 5661 Replies : 0
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35759 Replies : 48
Update :Ramai memuji muji PMX,Ringgit kini RM 3.96
YgBenarUpdate :Ramai memuji muji PMX,Ringgit ki
Views : 1289 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040126 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list