CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26553|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan disebabkan kes terpencil imej pasukan keselamatan tercemar – PM

[Copy link]
Post time 24-1-2026 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Anwar (dua dari kanan) ketika menghadiri majlis perasmian bangunan baharu Hospital Seberang Jaya, hari ini.





Jangan disebabkan kes terpencil imej pasukan keselamatan tercemar – PM

  • Oleh KOSMO!
  • 24 Januari 2026, 11:44 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mahu segelintir kes-kes terpencil melibatkan pasukan keselamatan mencemarkan imej keseluruhan pasukan berkenaan yang selama ini berkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau berkata, kestabilan negara bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pengorbanan besar anggota polis dan tentera yang bertugas di sempadan, lautan, darat serta kawasan pedalaman, sering kali meninggalkan keluarga demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Saya tidak mahu satu dua kes tertentu itu mewakili seluruh angkatan bersenjata.



“Negara ini aman kerana pengorbanan rakan-rakan kita, polis dan tentera, di perbatasan, di lautan, berbulan-bulan berkorban, meninggalkan keluarga untuk pertahankan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sebelum ini, 23 individu termasuk pegawai tinggi dan kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan dan penggunaan dana awam


Siasatan bermula sejak 7 Oktober dan disifatkan sensitif kerana melibatkan kepentingan awam serta dakwaan menerima rasuah dari syarikat berkaitan perolehan di TKAT dan MINDEF.

SPRM membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan di bawah AMLA dan Seksyen 17A dan 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penerimaan suapan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam.

Mengulas lanjut, Anwar mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan supaya tidak menjejaskan integriti serta kewibawaan pasukan keselamatan negara.

“Setitik nila tidak harus merosakkan susu sebelanga.

Walaupun kita fokus kepada satu dua kes, jangan kita lupa pengorbanan ratusan ribu anggota pasukan pertahanan dan polis yang menjaga keamanan negara,” katanya.

Tambah beliau, integriti dan profesionalisme pasukan keselamatan merupakan asas kepada kestabilan negara yang membolehkan Malaysia terus mengangkat martabat ekonomi ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, keamanan yang dinikmati negara hari ini hasil pengorbanan anggota pasukan keselamatan menjadi asas utama kepada pencapaian ekonomi yang membanggakan termasuk pengukuhan nilai ringgit, kemasukan pelaburan tertinggi dalam sejarah serta nilai perdagangan negara yang mencecah RM3 trilion. -KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:23 AM GMT+8 , Processed in 1.912047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list