CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2636|Reply: 0

[Perlis] Cubaan tipu PERKESO, enam ditahan bantu siasatan SPRM

[Copy link]
Post time 21-1-2026 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan tipu PERKESO, enam ditahan bantu siasatan SPRM

Oleh Aizat Sharif - Januari 21, 2026 @ 2:14pm





SPRM Perlis menahan reman enam individu termasuk tiga wanita kerana didapati terbabit mengemukakan dokumen palsu untuk tuntutan pencen ilat PERKESO. - Foto NSTP/Aizat Sharif



KANGAR: Enam orang termasuk tiga wanita direman antara tiga hingga tujuh hari sehingga 27 Januari depan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis berhubung kes pemalsuan dokumen.

Siasatan dibuat berkaitan dakwaan mengemukakan dokumen laporan kesihatan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tujuan permohonan pencen ilat bulanan berjumlah RM255,000 sekitar dua tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia antara 50 hingga 60 tahun itu termasuk seorang lelaki yang dipercayai menjadi ejen menguruskan permohonan, dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Mohd Amiruldin Roslan.

Semua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada jam 9.45 pagi tadi.

Sumber SPRM berkata, lima daripada suspek yang bekerja dalam sektor swasta, mengemukakan laporan kesihatan palsu yang didakwa disediakan seorang doktor sebuah hospital di negeri itu.

"Laporan kesihatan itu adalah dokumen rujukan bagi mendapatkan laporan perubatan untuk dikemukakan kepada PERKESO bagi permohonan pencen ilat yang diterima secara bulanan.

"Suspek dipercayai menggunakan bantuan seorang lelaki yang bertindak sebagai ejen menguruskan permohonan dan mendapatkan kelulusan PERKESO," katanya, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, siasatan agensi perisikan PERKESO dari bahagian Anti-Fraud, Etika dan Integriti (AFEI) mendapati surat rujukan itu palsu.

"Siasatan mendapati dokumen surat rujukan yang dikatakan diproses ejen itu palsu dan digunakan sebagai dokumen laporan perubatan untuk memohon pencen ilat suspek.

"Pada masa sama, ejen meminta dan menerima habuan RM42,000 bagi membantu suspek membuat permohonan berkenaan," katanya.

Hasil maklumat risikan antara PERKESO dan SPRM Perlis, katanya, semua suspek dikesan serta ditahan bagi membantu soal siasat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Ghani, mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1499509/cubaan-tipu-perkeso-enam-ditahan-bantu-siasatan-sprm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kukku
akku3kukku
Views : 505 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 3552 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26385 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 9670 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 5558 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 5661 Replies : 0
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35759 Replies : 48
Update :Ramai memuji muji PMX,Ringgit kini RM 3.96
YgBenarUpdate :Ramai memuji muji PMX,Ringgit ki
Views : 1289 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.183493 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list