CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 913|Reply: 8

[Tempatan] Projek Eskalator Batu Caves Diteruskan , Tertakluk Penyelesaian Teknikal - Gobind

[Copy link]
Post time 18-1-2026 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Projek Eskalator Batu Caves Diteruskan , Tertakluk Penyelesaian Teknikal - Gobind



KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Menteri Digital, Gobind Singh Deo (tengah) ditemui media selepas mengunjungi Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, hari ini.

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) Kerajaan Negeri Selangor dan pengurusan Kuil Batu Caves mencapai persefahaman untuk meneruskan projek pembinaan eskalator di kuil berkenaan, namun pelaksanaannya masih tertakluk kepada penyelesaian beberapa aspek teknikal, kata Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju semua peraturan berkaitan perlu dipatuhi sepenuhnya sebelum pembinaan projek tersebut dilaksanakan.

“Kedua-dua pihak bersetuju bahawa bagi tujuan pembinaan ini, semua peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi dengan teliti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Gobind turut mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kuil Batu Caves di Selangor bagi membincangkan isu berkenaan.

Gobind yang juga Menteri Digital dan Ahli Parlimen Damansara berkata isu tersebut timbul berikutan status unik Kuil Batu Caves yang tertakluk kepada satu perintah mahkamah lama yang mewujudkan sebuah badan amanah, sekali gus menjadikan proses permohonan pembinaan berbeza daripada prosedur biasa.

Beliau berkata pertikaian timbul apabila permohonan pembinaan eskalator didakwa dibuat atas nama individu, namun hasil penelitian mendapati permohonan tersebut dikemukakan oleh pihak kuil melalui Tan Sri R. Nadarajah selaku pemegang amanah bagi tujuan kuil berkenaan.

“Tidak timbul soal Tan Sri R. Nadarajah membuat permohonan dalam kapasiti peribadi. Ia dibuat dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi kuil, khususnya sebagai pemegang amanah jawatankuasa kuil, dan bukan sebagai individu,” katanya.

Exco Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti Selangor, V. Papparaidu, sebelum ini dilaporkan berkata, Kerajaan Selangor menolak permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi kegunaan komersial, termasuk cadangan pembinaan eskalator berkenaan, berdasarkan ketetapan perlembagaan.

Papparaidu berkata permohonan itu dikemukakan atas nama individu tanpa pendaftaran persatuan, sekali gus bercanggah dengan peraturan tanah di bawah Kanun Tanah Negara yang hanya membenarkan kelulusan diberikan kepada persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2513876

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2026 09:40 PM | Show all posts
Kuil ni asalnya tanah haram

status kini - masih atas tanah Haram

Menteri Keling tolong keling
Menteri Melayu pun tolong keling

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 18-1-2026 09:40 PM
Kuil ni asalnya tanah haram

status kini - masih atas tanah Haram

Melayu marhaein...kerjanya....undi depa ni semua....abis pru...pumpang2...marahkan YB yg sendiri undi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Singh sambut thaipusam jugakkah?


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:39 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2026 01:55 AM
Singh sambut thaipusam jugakkah?

sikh agama lain
dorang pun tak pegi kuil hindu depa ada kuil sendiri ie gurdwara
klu perasan kuil dorang mcm masjid sbb ada kubah, dalam kosong takde patung mcm masjid
dah la pakai serban
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua dah Gobind Singh Deo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 20-1-2026 09:39 AM
sikh agama lain
dorang pun tak pegi kuil hindu depa ada kuil sendiri ie gurdwara
klu perasan kuil  ...

Tapi Gobind Singh Deo ni tak kuat agama.  Kalau kuat agama pakai turban.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2026 01:55 AM
Singh sambut thaipusam jugakkah?

Asal bileh je

Tahun lepas pon anwar pergi rumah gobind sambut deepavali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 tu bina lift terus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066217 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list