CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 0

‘Selangor Bukan Makmal Eksperimen’ – Pemuda UMNO Serang Projek Ladang Babi

[Copy link]
Post time 16-1-2026 05:19 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk merealisasikan projek ladang ternakan babi disifatkan sebagai mencerminkan keangkuhan kuasa melampau serta kegagalan memahami sensitiviti rakyat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail, mendakwa cadangan tersebut bukan sahaja mencabar kesabaran rakyat, malah menunjukkan ketiadaan keprihatinan terhadap implikasi serius melibatkan alam sekitar, kesihatan awam, kesejahteraan komuniti setempat dan keharmonian sosial.

Menurutnya, isu pencemaran akibat ladang ternakan babi bukan lagi bersifat andaian atau teori, sebaliknya merupakan fakta berulang yang telah lama menghukum rakyat Selangor.

“Rekod pencemaran sungai, pengurusan sisa toksik serta pencemaran bau akibat ladang ternakan babi adalah realiti yang telah berulang kali menjejaskan kehidupan rakyat Selangor.

“Ia jelas bercanggah dengan pendirian serta kebimbangan yang pernah dizahirkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, khususnya berkaitan penternakan babi di sekitar Kampung Tumbuk, Tanjong Sepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 Januari lalu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim memaklumkan bahawa kerajaan negeri membenarkan 112 ladang ternakan babi sedia ada di Tanjung Sepat terus beroperasi untuk tempoh tiga tahun, sementara projek pusat penternakan di Bukit Tagar disiapkan.

Mengulas lanjut, Fariz menegaskan seorang Exco tidak mempunyai mandat mutlak untuk membuat keputusan strategik yang mencabar sensitiviti majoriti rakyat tanpa rundingan awam yang telus, penilaian impak menyeluruh serta kelulusan yang benar-benar berpaksikan kepentingan awam.

“Sikap angkuh ini memperlihatkan hakikat yang amat membimbangkan apabila Kerajaan Negeri Selangor semakin selesa mentadbir tanpa akauntabiliti, tanpa tanggungjawab moral dan tanpa rasa hormat terhadap suara rakyat serta institusi Raja Berperlembagaan.

“Selangor bukan makmal eksperimen dasar. Rakyat bukan statistik, bukan mangsa dan bukan bahan uji kaji,” tegasnya.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya kerajaan negeri terus berdegil mempertahankan cadangan berkenaan, Pemuda UMNO tidak teragak-agak menggerakkan tekanan politik, bantahan awam serta tindakan bersepadu.


Sumber : Demirakyatchannel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.045642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list