CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 954|Reply: 1

Shopee Akan Perkenal \'Instant Delivery\' pagi pos,berapa jam dh dapat

[Copy link]
Post time 20-7-2025 03:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 20-7-2025 03:09 AM

Shopee Akan Perkenal 'Instant Delivery' Di Lembah Klang


Shopee bakal melancarkan perkhidmatan Instant Delivery di Lembah Klang tidak lama lagi, membolehkan pembeli menerima barang segera dalam tempoh beberapa jam selepas membuat pesanan.

Ciri ini diumumkan sempena Shopee Seller Summit 2025. Menurut Shopee, pelaksanaan perkhidmatan ini akan dimulakan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke kawasan lain dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Shopee turut mengumumkan beberapa penambahbaikan yang bertujuan mempercepatkan penghantaran dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Perkhidmatan Same-Day dan Next-Day Delivery kini diperluaskan ke seluruh negara, membolehkan lebih ramai pengguna menikmati penghantaran lebih pantas.

Shopee juga memperkenalkan Cross-State Next-Day Delivery antara Melaka dan Negeri Sembilan, dengan laluan lain bakal menyusul secara berperingkat. Penambahbaikan ini bukan sahaja mempercepatkan proses penghantaran, malah meningkatkan kepuasan pengguna dan mendorong lebih banyak pembelian berulang.

Penjual turut mendapat manfaat daripada kemudahan Buyer Self Collect yang kini tersedia di lebih 5,000 lokasi pengambilan di seluruh negara. Perkhidmatan ini menawarkan penghantaran percuma tanpa jumlah perbelanjaan minimum. wiser

------------
pergh makin best la shopping lepas ni..dengan spaylaternya.
Spaylater saya dah 3750 limit hehe dan Sloan dah 8k
punyala gila shopping lazada 1700rm,Atome biasala
dulu limit 5k rm,sekarang dah drop 1500rm,ni baru dapat
paylater tiktok 800rm pula dan Boost dapat 1500rm pergh haha

kalau Shopee boleh buat fungsi sama day delivery macam ni
seluruh negara, saya yakin akan dapat beat Tik tok.
selamat bershopping
tapi,akan datang pula tik tok pula yang akan tiru
kita tunggula, kita juga yang akan untung kalau
2 gergasi bersaing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2025 03:09 PM | Show all posts
makin banyakla shopping nanti, dalam live pun orang live 24 jam
tengok dalam shopee live
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
dsdfsdfsdfbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
travel
a.nnad.e.la.crutravel
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40566 Replies : 417
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 13000 Replies : 6
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 33648 Replies : 9
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 13613 Replies : 12
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277858 Replies : 1520
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45343 Replies : 47
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 13270 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.871021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list