CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36671|Reply: 2

Tabiat tergigit lidah ketika tidur petanda hidap kanser

[Copy link]
Post time 17-12-2024 08:31 PM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur: "Tidak pernah terlintas di fikiran, tabiat tergigit lidah ketika tidur menjadi petanda saya menghidap kanser lidah," kata Mohd Yazid Baharudin, 40.


Menceritakan pengalaman berdepan penyakit itu, Mohd Yazid berkata, dia menyedari tabiat berkenaan sejak tahun lalu.


"Ketika tidur, saya sering tergigit lidah, namun kesan gigitan itu akan sembuh dalam tempoh dua hari sebelum tabiat berkenaan berulang dan tergigit di tempat sama.


"ada mulanya, saya tak merasa apa-apa tetapi lama-kelamaan saya rasa semakin sakit pada bahagian lidah," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohd Yazid yang juga pengurus pemasaran berkata, dia mengalami ulser pada bahagian lidah pada Julai lalu.


"Saya ada membeli ubat di farmasi untuk menghilangkan ulser tetapi hampir sebulan saya menggunakan ubat berkenaan ulser tidak hilang malah semakin besar.


"Kemudian saya dirujuk ke pakar bedah mulut di Hospital Selayang yang mengambil sampel pada lidah sebelum disahkan menghidap kanser lidah tahap dua pada 25 November lalu dan terus merebak ke tahap empat," katanya.


Menurutnya, dia tidak begitu terkejut apabila disahkan menghidap kanser lidah memandangkan arwah ibunya juga penghidap kanser payudara.


"Sejujurnya, saya reda dan sentiasa bersedia dengan apa sahaja perkara yang sudah ditakdirkan.


"Malah, penyakit ini bukanlah satu alasan yang boleh melemahkan semangat saya untuk terus kuat kerana ramai pesakit kanser boleh sembuh," katanya.


Sementara itu, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menawarkan rawatan brakiterapi hibrid yang memberi peluang kepada Mohd Yazid untuk melawan kanser tanpa kehilangan fungsi asas percakapan.


Pakar Perunding Otorinolaringologi-pembedahan kepala dan leher (ORL-HNS) IPPT) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Muhammad Yusri Musa berkata, rawatan itu adalah alternatif kepada pembedahan tradisional yang membolehkan sel kanser dimusnahkan tanpa membabitkan pemotongan lidah.


"Kaedah ini direka untuk pesakit yang tidak mahu atau tidak boleh menjalani pembedahan besar.


"Dalam tempoh lima tahun terakhir, teknik ini terbukti dapat membantu ramai pesakit termasuk yang berada pada tahap kritikal seperti Mohd Yazid," katanya.


Mohd Yazid dijadualkan menjalani rawatan itu di IPPT USM, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang pada 23 Disember ini.


Pengasas Jiwa Amal Malaysia, Syed Zainal Abidin Jamalullail berkata, Mohd Yazid memerlukan kos rawatan kanser sebanyak RM150,000.


"Kos itu meliputi kos rawatan semasa, kos pembedahan brakiterapi serta kos rawatan selepas pembedahan.


"Kebolehan bercakap adalah perkara paling penting dalam kerjaya Mohd Yazid yang bertugas di bahagian pemasaran selain dia juga seorang yang ceria dan suka bercakap.


"Mohd Yazid memerlukan pembedahan segera supaya sel kanser tidak merebak ke bahagian lain yang boleh mengancam nyawanya," katanya.


Beliau turut berharap orang ramai dapat membantu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Mohd Yazid.


Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Mohd Yazid ke akaun Ambank Jiwa Amal Malaysia bernombor 8881-0591-3663-6 atau menghubungi talian 019-3770361.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah beri kesembuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:06 PM | Show all posts
..x lecturer pompuan dan arwah my sister dulu kerap hiccups berbanding 4 lagi sisters yang lain, tau. Hiccups ni kalau dalam masyarakat kita dia direlate dengan proses membesar tapi kalau dah bangka berhiccups juga means something is growing inside you.

I remember x lecturer tu selalu bagi tips camna nak hilangkan hiccups dengan cepat, baca selawat dan tahan nafas selama a few minutes. Tak lama tu dapat tau 2-2 ni didiagnosed ada cancer, arwah sister breast cancer but not sure x lecturer tu dia cancer ape..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.514570 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list