CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5987|Reply: 0

[Perak] 10 GRO warga Vietnam ‘mandi peluh’ sembunyi dalam bilik rahsia

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 10 wanita warga Vietnam ditahan JIM Perak dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Pasir Puteh semalam.

IPOH – Gara-gara ingin mengelak dicekup pihak berkuasa, 10 wanita warga Vietnam disyaki pelayan pelanggan (GRO) sanggup bersesak dalam sebuah bilik rahsia tanpa pengudaraan sempurna.

Bagaimanapun, cubaan mereka itu gagal apabila berjaya dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Pasir Puteh di sini semalam.

Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, kecekapan anggota telah berjaya mengesan dan menggagalkan taktik licik wanita warga asing itu untuk meloloskan diri.

Katanya, bilik rahsia yang digunakan itu didapati menggunakan pintu automatik kawalan jarak jauh selain tiada sistem pengudaraan yang sempurna.

“Kesemua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditemui dalam keadaan berpeluh dan lemah setelah hampir satu jam bersembunyi di dalam bilik tersebut.

“Pemeriksaan mendapati, kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi sama turun dijalankan di empat premis perniagaan dan dua kediaman di sekitar Ipoh bermula pukul 8.30 malam semalam hingga 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, dalam serbuan itu, pemeriksaan dijalankan terhadap 79 orang warga asing dari pelbagai negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 42 orang warga asing ditahan. Mereka terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita serta seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia, 15 wanita warga Vietnam, tujuh wanita warga Thailand dan dua lelaki warga Myanmar.

“Kesemua yang ditahan berusia antara dua hingga 50 tahun,” katanya.

Tambah beliau, kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... dalam-bilik-rahsia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 1.373375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list