CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 9

Pengantin Terkejut Jenazah Lintas Khemah Majlis Kahwin

[Copy link]
Post time 17-10-2022 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Tetamu sebuah majlis perkahwinan di Mojokerto, wilayah Jawa Timur terkejut seketika apabila melihat sebuah kereta pengusung jenazah melalui khemah majlis itu  untuk menuju ke tanah perkuburan, lapor portal berita Wolipop kelmarin.


Berdasarkan video yang tular di TikTok, sekumpulan penduduk dilihat bersama-sama membawa keranda berisi jenazah yang diletakkan di atas kereta pengusung ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.




Sekumpulan penduduk dilihat bersama-sama membawa keranda jenazah yang diletakkan di atas kereta pengusung ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung. – TikTok @merpatiwedding





Khemah majlis tersebut dikatakan merupakan satu-satunya akses jalan yang boleh dilalui untuk membawa jenazah ke kubur.


“Ada khabar duka daripada jiran. Jenazah terpaksa dibawa melalui khemah perkahwinan yang mempunyai ramai tetamu kerana ini adalah satu-satunya jalan menuju ke kubur,” demikian menurut keterangan video tersebut.


Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai pendapat.


“Lebih baik sewa dewan supaya tidak menghalang laluan kalau sudah tahu itu satu-satunya jalan (menuju ke kubur),” kata seorang netizen.


“Hikmahnya adalah boleh jadi jodoh kita bertemu pada hari kematian seseorang. Jadi, lebih baik perbaiki diri untuk menunggu ajal dan bukannya menanti jodoh yang belum pasti bila akan datang,” kata seorang pengguna lain.


Wolipop kemudian menghubungi jurusolek yang memuat naik video tersebut, Bunda Een bagi mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu.







Menurut wanita berkenaan, ketika acara berlangsung, pihak pengantin menerima permintaan daripada jiran tetangga yang memohon kebenaran membawa jenazah melalui khemah majlis.


“Kebetulan, akses terdekat untuk menuju ke kawasan perkuburan adalah dengan melalui khemah majlis perkahwinan. Ibu bapa pengantin telah mengizinkan permintaan tersebut,” katanya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Twit twittt.
Wartawan Kosmo dengan TikTok ada apa² MoU yg kitorang tak tau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita caprut
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
saja nak buat konten ni geng2 pembawa jenazah yindon. katanya akses terdekat, maksudnya ada jalan lain la cuma nak cepat, sanggup lali merosakkan majlis kahwin orang lain. Gila sial org kahwin kau bawa keranda mayat lalu. Macam ada petanda x baik je kesian pengantin. Yindon ni memang x sah sjaa buat macam ni untuk cari konten jadi glamer kejap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada yg pelik berita mcm ni dari sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur parashit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2022 07:53 AM | Show all posts
tengok backdrop pelamin macam buat kat dewan, rupanya pasang khemah jaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:08 AM | Show all posts
sana hiasan 'dewan' pengantin mmg gempak2, dorg kreatif, tapi bukan di dewan, kt jalan , ruang luar aja..

kat masjid dulu pn ada org nikah, tapi sblhnya ada solat jenazah

kdg2 ni smua untuk nasihat org dtg, dunia ni sementara aja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 11:15 AM | Show all posts
konten nak naik kan view ngn follower ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm sblm ni ada jiran balik kerja, pintu rumah tersorok disebalik tirai khemah pengantin, yindon gak kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.383776 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list