CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 7

Mahu Min Yasmin Buat Persembahan Di Filipina, Peminat Sanggup Jemput Guna Jet Peribadi

[Copy link]
Post time 10-1-2022 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Memilih untuk menetap di Kota Kinabalu, Sabah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu, penyanyi Min Yasmin mengakui semakin selesa menetap di negeri bawah bayu itu.


Apalagi sekarang ini dia dan suami, Julfekar yang juga merupakan seorang komposer terkenal kini mengusahakan perniagaan menjual makanan di sana.


Foto: mStar Online




"Kami buat keputusan untuk tinggal di Kota Kinabalu sebab ia berada di tengah antara Filipina dan Kuala Lumpur. Lebih senang berulang-alik jika ada urusan.


"Kami memulakan perniagaan di sini dan rasa sayang untuk tinggalkan KK. Buat masa sekarang lebih selesa di sini dan meneruskan kerjaya seperti biasa,"katanya kepada mStar.


Min, 33, mencipta nama di negara jiran, Filipina dan merakamkan album bahasa Tagalog berjudul Pangarap di sana.




  



Pemilik nama Nurul Yasmin Abdul Aziz ini turut memberitahu banyak undangan nyanyian di sana yang terpaksa ditolak berikutan faktor pandemik Covid-19.


Bagaimanapun, menurut Min, masih ada pihak di Filipina yang tetap mahukan dia membuat sehingga menawarkan untuk menghantar jet peribadi ke Sabah bagi menjemput penyanyi itu.




  



"Sudah ada beberapa tawaran yang saya terima di Manila, Filipina namun terpaksa tolak kerana negara itu belum menerima pelancong luar ketika ini.


"Sehingga ada yang sanggup hantar jet peribadi menjemput saya di sini. Kalau boleh saya tidak mahu langgar prosedur operasi standard (SOP). Tunggulah pandemik ini betul-betul reda nanti," ujarnya.




  



Dalam perkembangan lain, Min bakal melancarkan album baharu berjudul Min Yasmin: World On A String yang mengandungi 18 buah lagu dan dicipta sepenuhnya oleh Julfekar.




  



  



"Sudah tiga tahun proses membuat album ini berjalan. Baru sekarang ia berjaya disiapkan.


"Meskipun sekarang ini zaman digital, bagi saya album ini adalah kenangan dan bukti saya sebagai seorang penyanyi,"ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 08:22 AM | Show all posts
whooo aree yussssss
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:23 AM | Show all posts
terbaik...moga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:35 AM | Show all posts
laki "the thing" dia masih "the thing" ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini baru julfekar ke? Ade iras2 dgn ex gf nya yg lama dlu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi pinoy jauh lg sedap suara dorang..siapalh yg bodoh nk si minah ni nyanyi kat sana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 11:59 AM | Show all posts
ya tuhan ni sapa pulak niii. ke aku yang sendu taktau perkembangan.
Kalau tak kerana caption kat ig post yg ketiga tu sampai ke sudah taktau tu laki dia,igtkan bapak. Dan baca komen forum baru meols tahu laki dia tu julfekar hahahahaha.. tak cam oii
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 02:50 PM | Show all posts
Adoiiiii... stail tudung tu buat ku sakit mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.749516 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list