CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1231|Reply: 14

[Tempatan] Pemilik rumah kawasan banjir dinasihatkan jangan jual rumah dalam tempoh 5 tahun

[Copy link]
Post time 4-1-2022 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik dinasihatkan jangan jual rumah dalam tempoh 5 tahun
Yusmizal Dolah Aling



Kuala Lumpur: Tempoh bertenang sehingga lima tahun. Itu cadangan badan bukan kerajaan kepada pemilik rumah atau premis perniagaan yang berhasrat menjual hartanah mereka susulan bencana banjir yang melanda negara, baru-baru ini.

Bukan sahaja faktor cuaca tidak menentu, pasaran hartanah akan meluangkan masa yang lama untuk stabil kerana mengambil kira kelestarian alam sekitar serta faktor harga pasaran.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah berkata, dengan kesan bencana yang belum dapat ditaksirkan jumlah kerugian sebenar setakat ini, tempoh lima tahun akan datang adalah waktu bertenang kepada semua pemilik rumah daripada sebarang aktiviti jual beli.

"Kita dengar di sana sini ada pemilik yang ingin menjual kediaman mereka kerana 'serik' dengan ujian banjir.

"Dari satu segi, memang ia keputusan jangka pendek, tetapi dengan harga yang mungkin terlalu rendah di bawah harga pasaran, perkara terbaik boleh dilakukan ialah tangguh dulu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azman berkata, sehingga kajian dilakukan pihak berwajib atau pun tindakan susulan diambil di kawasan banjir, pemilik rumah di tempat terjejas disaran supaya tidak menjual rumah milik mereka.

Katanya, ini kerana kemungkinan tiada pembeli sesuai yang sanggup membeli hartanah 'terkesan' yang berada di kawasan terdedah banjir.

Beliau mengulas laporan eksklusif Harian Metro mengenai banjir luar biasa yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan di Lembah Klang terutama Selangor baru-baru ini bakal memberi kesan ketara kepada harga pasaran hartanah di lokasi terjejas untuk jangka pendek.

Azman berkata, bukan sahaja harga rumah, bencana banjir turut memberi kesan kepada kadar sewa di beberapa lokasi terjejas.

"Ini yang kita perlu bersedia. Sebelum ini ramai juga yang membeli rumah untuk disewa sebagai sebahagian daripada rancangan bagi mendapatkan pendapatan tambahan.

"Satu masa, kita berdepan dengan kadar sewa tinggi termasuk deposit utiliti 2+1 yang ada ketikanya membebankan terutamanya kepada pasangan yang baru sahaja berumahtangga. Semua itu mungkin berubah," katanya.

Disiarkan pada: Januari 4, 2022 @ 1:53pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 02:39 PM | Show all posts
nak jual, jual lah..apahal nak tunggu 5 tahun bagai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdoalah pada tuhan supaya jangan banjirkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:48 PM | Show all posts
kalau flash flood boleh la invest in a portable floodgate dr UK tapi kalau sampai bumbung tak payahlah jual beli insurance pastu bakar je.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 04:25 PM | Show all posts
dulu kemain gah nama Shah Alam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 04:27 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 4-1-2022 04:25 PM
dulu kemain gah nama Shah Alam..

kan.. mcm kaya sgt kalau dpt dok shah alam... sebut pun gah... skrg... hah?? ok takpela...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 04:28 PM | Show all posts
ifanonline replied at 4-1-2022 02:39 PM
nak jual, jual lah..apahal nak tunggu 5 tahun bagai ni...

tahnye... tu pun kalau ada or gnk beli..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 04:28 PM | Show all posts
sukati depa lah, rumah depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 04:37 PM | Show all posts
pengurusan banjir ni tanggungjawab kerajaan dan rakyat....kerajaan kena bina lagi banyak smart tunnel dan rakyat pula jgn dok buang sampah dlm parit, longkang, sungai...kerabat2 pula jgn asyik dok tebang balak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 04:48 PM | Show all posts
Pasti susah mereka nak ikut nasihat ni terutama mereka yang dah dua kali lalui banjir besar disana terutama kawasan Tmn Sri Muda.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn jual utk masa 5 tahun lagi...maksudnya jika banjir seperti ini the same intensity akan jadi acara tahunan..maka ada 5 kali peluang utk lihat at the end of thess 5 years samada rimah kita hanya bakal tinggal bumbung sahaja atau tidak...

aku teringat kata kata ebby yus...org lain banjir ,lumpur masuk rumah...sedangkheun dirinya, rumahnya masuk lumpur
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 05:04 PM | Show all posts
dibuatnya tahun tahun banjir besar mcm ini lagi....kasian org tu......jualah kalau ada org mau beli...cari kawasan tinggi sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 05:16 PM | Show all posts
kajang banjir dulu kecoh... ada popeti sure go down?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 05:32 PM | Show all posts
cmf_PariS replied at 4-1-2022 04:27 PM
kan.. mcm kaya sgt kalau dpt dok shah alam... sebut pun gah... skrg... hah?? ok takpela...

yang kaya tu area istana dengan seksyen sekitar..seksyen dah jauh dari bandar tu, marhaen saja..
penuh flat and rumah murah sebab kawasan kilang dah..

sungai buloh paya jaras pun kemahen guna seksyen U U bagai jual nama shah alam..

baru la orang pandang nak beli kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cakap jangan jual sebab kalau ada orang nak beli pun entah2 murah gila.

Tapi kalau tunggu 5 tahun pun entah2 banjir lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tunggu 5 tahun,org dah lupa kawasan tu  pernah kena banjir besar..macam org lupa yg kawasan ukay perdana tu ada tanah runtuh ..2004 ke shah alam pernah banjir besar macam 2014 banjir besar Kat Johor lepas..sampai sekarang ramai dah hampir lupa kawasan Mana yang terkesan ...Masa mengubah jalan cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tunggu 5 tahun,org dah lupa kawasan tu  pernah kena banjir besar..macam org lupa yg kawasan ukay perdana tu ada tanah runtuh ..2004 ke shah alam pernah banjir besar macam 2014 banjir besar Kat Johor lepas..sampai sekarang ramai dah hampir lupa kawasan Mana yang terkesan ...Masa mengubah jalan cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:35 PM GMT+8 , Processed in 1.208734 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list