CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 8

Dipukul Teruk, Budak 3 Tahun Maut Didera Ibu Dan Teman Lelaki

[Copy link]
Post time 29-12-2021 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Klang – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut didera menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju di sekitar daerah ini, baru-baru ini.


Insiden itu terbongkar selepas polis menerima laporan dibuat seorang pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira pukul 6.20 petang, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan laporan memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ibunya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.




Gambar Hiasan




“Pemeriksaan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan lebam pada seluruh badannya.


“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu disyaki didera dan dipukul dengan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, bertindak atas maklumat, pihaknya memberkas seorang wanita berusia 27 tahun yang merupakan ibu mangsa pada Sabtu lalu.


“Turut ditahan teman lelaki wanita berkenaan dengan kedua-duanya kini direman enam hari sehingga 30 Disember ini.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” jelasnya. -CARI


Sumber: Kosmo Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 09:15 AM | Show all posts
Mesti anak tu anak haram hasil selingkuhan mak yg jalang itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2021 10:52 AM | Show all posts
“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu disyaki didera dan dipukul dengan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju,”
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 10:57 AM | Show all posts
Lagi? Kau rasa yang tak masuk berita berapa ramai lagi kes mak haprak dengan boyfriend mendera anak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 29-12-2021 10:57 AM
Lagi? Kau rasa yang tak masuk berita berapa ramai lagi kes mak haprak dengan boyfriend mendera anak  ...

Mak dgn bf siyal ni nape tak tenggelam je dlm banjir.. jgn lupe angkut sekali badrul muhaya tu sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakhbar.. Disturbing news
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2021 12:05 PM | Show all posts
kurang ajar betul. semoga pelaku tu dpt balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 02:25 PM | Show all posts
Kes sama terus berulang saban tahun sama aja kesnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 04:03 PM | Show all posts
Kesiannya....boleh tak hukum pelaku mcm die dera budak tu....buat smpi mati biar die tahu azabnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.381581 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list