CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 654|Reply: 0

Pesakit Boleh Dapatkan Pil Pengguguran Melalui Penghantaran Mel

[Copy link]
Post time 17-12-2021 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) mengumumkan akan membenarkan pesakit mendapatkan pil pengguguran melalui penghantaran mel sekali gus menamatkan syarat yang memerlukan mereka mengambil sendiri pil tersebut, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.


Perkara itu diumumkan ketika Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dijangka menghapuskan undang-undang berkaitan hak pengguguran yang dilaksanakan sebelum ini.




Kredit foto: The Insider




Ia adalah susulan isu penguatkuasaan undang-undang yang mengharamkan aktiviti pengguguran seperti dilaksanakan Texas pada 1 September lalu.


Larangan Texas itu mencetuskan ketegangan dan tunjuk perasaan dalam kalangan wanita yang menuntut supaya mereka diberikan kebebasan memilih sama ada untuk melakukan pengguguran atau sebaliknya.


“Keputusan FDA untuk menghapuskan syarat yang tidak perlu seperti ini adalah tepat pada masanya,” kata peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Julia Kaye dalam satu kenyataan.


Pengguguran secara perubatan, di mana proses kehamilan itu ‘ditamatkan’ menerusi pengambilan dua biji pil telah menjadi pendekatan lazim dalam aktiviti pengguguran bayi.


Wabak Covid-19 sebelum ini mendorong aktivis-aktivis hak pengguguran memohon arahan mahkamah agar FDA menghapuskan peraturan yang mengharamkan pesakit mendapatkan pil menerusi penghantaran mel.


Pada April lalu, pentadbiran Presiden Joe Biden secara sukarela menghapuskan larangan tersebut bagi sepanjang tempoh pandemik, dan dalam masa sama,  memberitahu bahawa ia sedang menilai semula  peraturan tersebut.


“Covid-19  mewujudkan  eksperimen semula jadi yang menunjukkan bahawa tiada sebarang alasan perubatan yang memerlukan pesakit datang sendiri ke klinik untuk mengambil ubat,” kata Pengarah Projek Perluasan Akses Pengguguran Perubatan, Kristen Moore.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:38 AM GMT+8 , Processed in 1.441433 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list