CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 12

Suki Low Akui Gementar Bawa Lagu Irama Malaysia

[Copy link]
Post time 10-12-2021 10:59 AM | Show all posts |Read mode





Walaupun namanya tidaklah begitu gah seperti peserta lain, Suki Low atau nama sebenarnya Low Sook Yee 32, merupakan pilihan utama yang bakal memberi saingan dalam Gegar Vaganza musim ke-8. Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sebenarnya merupakan isteri kepada eksekutif muzik, Jeremy Chong. Mungkin ramai yang sudah lupa Suki Low merupakan juara One in a Milion, mengalahkan Faizal Tahir, Alif Sattar dan Dayang Nurfaizah pada tahun 2006. Menjadi jutawan pada usia muda  menyebabkan beliau memakai nama Suki OIAM pada ketika itu.





Baru-baru ini Suki Low perlu membawa lagu Badarsila yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dalam satu sesi temubual bersama F8Buzz, Suki mengakui dia sememangnya gementar membawa lagu itu.


“ Sememangnya nervous and pressure bila dapat lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebab saya merupakan salah seorang peminat beliau. Sebab itu bila dapat lagu ini perkara pertama saya fikir macamana nak buat persembahan yang memuaskan dan tidak menghampakan. Saya harap jika Datuk Seri tonton persembahan ini dapat puas hati lah dengan persembahan saya”. Katanya.


  







Penyanyi Terlalu Mencintaimu ini turut mengakui ini persembahan pertama beliau membawa lagu Irama Malaysia dalam pentas besar ini.


“ Ya, saya pernah menyanyi lagu Cindai dan Nirmala tapi itu zaman sekolah. Itu tidaklah pressure sangat sebab itu merupakan persembahan kebudayaan sekolah tetapi untuk persembahan besar yang ditayangkan secara live ini merupakan pertama kali”. Katanya pada F8Buzz.


Selepas persembahan Suki turut mendapat pujian daripada Tok Ram yang merupakan juri tetap selama lapan musim.


“ Saya bersyukur sangat dapat komen yang bagus dari Tok Ram. Sebenarnya beliau banyak membantu saya  dari segi muzik dan selalu memberi nasihat sebelum saya membuat persembahan. Untuk part rap itu pula merupakan idea saya tetapi saya terima kasih kepada Sophia kerana berjaya membawa rap itu dengan baik ”.


Dalam minggu ketiga GV8, Suki Low berjaya mendapat tempat ke-empat selain menyaksikan Nikki Palikat juara dan kumpulan Nico tersingkir. Pada minggu seterusnya Suki bakal membawakan lagu Mimpi yang dinyanyikan oleh Hael Husaini. Semoga Suki Low berjaya sampai ke pentas akhir dan kembali menyinar semula dalam industri hiburan Malaysia. -CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Its ok suki...just do your best....and enjoy yourself ....anyway GV8 memang telah disediakheun utk ALIPP , juaranya...yg lain tempelan saja....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:22 AM | Show all posts
sedap jugak suara dia tp mcm takde aura n still rasa biasa2 jurrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak masuk seminggu dia nyanyi, baru hari ni nak up cerita gemuruh takut risau nerbous semuanya???
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:46 AM | Show all posts
sweet je suki ni. bak kata tok pinaz suki nyanyi melayu sebutan jelas. macam orang melayu
yang melayu plak sibuk nyanyi nak berslang2x bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 12:03 PM | Show all posts
suka kt dia ni.. comel plak tu.. nyanyi pun kedengaran ease je kt telinga.. tak semak... n pandai kawal vokal dia... good luck Suki..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2021 12:49 PM | Show all posts
aura bosan ada la
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia ok gak. Sedap dengar. Tapi minggu ke3 ni dia nyangi dah macam Ct sangat. Tak syok ar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 01:17 PM | Show all posts
ai rasa sheols nyanyi banyak note yg sharp.. tapi suka tengok sheols nampak baik n lembut je orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 02:20 PM | Show all posts
tapi dia bawa lagu haritu best jugak...
tapi iols memang tetap ngefan nikki buat masani...

yang tak layak bawak apa2 genre sekalipun termasuk dangdut nan haukkk adalah menantu derhaka tu yihhh sangat... kosser plak dia nonggeng2 jubo nak praktis jadi bottom walaupun tiap2 minggu kena bottom
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg sedap haritu dia bawak. byk kali gak tgk video ni
patut dlm top 3 suki mgu lps.
xsabar pula mgu ni mcm mana dia bawa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I like suki. Tp dia mcm reserve sikit. Moga all out suku akhir onwards
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sore sheols ok tp x da aura..  sorry suki.. support aliff aziz juara gv8
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.127178 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list