CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1927|Reply: 8

Afrika Selatan Gempar Penduduk Dibunuh Serigala Jadian?

[Copy link]
Post time 16-11-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
PRETORIA: Penduduk di sebuah perkampungan di Afrika Selatan dilanda ketakutan selepas penemuan satu mayat yang penuh dengan kesan luka, dipercayai ‘menjadi santapan serigala jadian’.


Identiti mayat itu dikenal pasti sebagai Diesel Michael Makambi dan lelaki itu ditemukan mati berhampiran sungai di Kwaqongqota, baru-baru ini.




Gambar hiasan




Pihak berkuasa memaklumkan, terdapat banyak kesan gigitan pada badan mayat tersebut, sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan jika ada haiwan ganas di perkampungan mereka.


Namun, polis dan keluarga Makambi menepis tanggapan itu dan menyifatkannya tidak masuk akal kerana serigala jadian tidak wujud.


Polis menegaskan, lelaki itu mungkin maut akibat diserang anjing liar dari spesies Pitbull.


Bagaimanapun, penjelasan itu tidak meyakinkan penduduk kampung sehingga muncul amaran kepada orang ramai supaya tidak datang ke Kwaqongqota.


Amaran itu disebarkan menerusi hantaran di Facebook.


Bagi menenangkan keadaan, ibu Makambi, Nongenile Liziwe Makambi memberitahu, anaknya sempat minta tolong sebelum maut.


“Sebelum mati, anak saya sempat memberitahu kanak-kanak setempat bahawa dia diserang dan digigit tiga ekor anjing.


“Seorang saksi perempuan juga memaklumkan dia ternampak anak saya diserang tiga anjing, jadi tidak timbul isu dia dibunuh serigala jadian,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 11:29 AM | Show all posts
Sikit lagi bakal terbit pilem African Werewolfin in Cape Town pulak ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 11:37 AM | Show all posts
negro ni mcm bangsa melayu juga, kaki tahyul...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 11:38 AM | Show all posts
hmm...GUMIHO.....oh noo...atau mungkinkah harimau buruan King JeongJo terlepas ke benua africaa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 11:47 AM | Show all posts
species binatang baru kan best.. bolehlah penduduk dunia gempar skit.. baru ada lain sedikit rutin harian .. lagi best kalau kekuatan dia mcm dracula.. boleh perang-perang  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kat Msia pernah ada...'Werewolf Dari Bangladesh'..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
org sana kuat tahyul jgk kan
teringat kes melekat sana jgk..ntah2 bkn serigala...penduduk situ salah amal ilmu jd mcm raja bersiong
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex boss iols dulu asal Pretoria. Lama2 tak tahan duk sana migrate gi Australia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 10:55 PM | Show all posts
mcm yindon jugak kuat betul percaya tahyul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:54 AM GMT+8 , Processed in 1.703364 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list