Seorang pengguna twitter meluahkan rasa kecewa apabila sambal paling laris yang terjual hanya beberapa minit sahaja tidak seperti apa yang dijangkakan ketika menikmatinya.
Foto: Sumber Internet
Pembeli tersebut menceritakan pengalaman dia menikmati sambal itu dengan menyatakan tiada rasa yang istimewa pun dan sekadar merasa pedas sahaja.
Foto: Twitter
Komen yang diberikan pembeli ini sekadar ingin bersifat jujur dan tiada niat untuk jatuhkan sesiapa.
Namun dia berharap ada juga produk sambal-sambal lain yang akan dikeluarkan oleh pemilik sambal botol tersebut pada masa hadapan dan bukanlah sekadar mempunyai rasa pedas sahaja. Rasa sambal itu masih boleh diperbaiki lagi.
Foto: Twitter
Tambahnya lagi, jika pemiliknya benar-benar akan mengeluarkan produk sambal baru, dia juga tetap akan membelinya.
Selain itu, dia juga berpendapat ada sambal lain yang lebih baik daripada sambal laris ini. Dia berharap tiada yang memberi kecaman kerana itu adalah komen jujur selepas merasai sendiri namun dia tetap mengikuti perkembangan pemilik sambal tersebut di Instagram dan Twitter.
Pembeli lain juga mempunyai pengalaman yang sama dan kemungkinan rasa sambal yang tidak konsisten itu adalah disebabkan kerana memasak dalam kuantiti yang banyak.
Foto: Twitter
Bukan itu sahaja, ada juga yang komen jika sambal itu disimpan selama beberapa hari, baru rasanya menjadi lebih sedap walaupun pada awalnya ia sekadar mempunyai rasa pedas sahaja.
Foto: Twitter
Kepada pemilik sambal tersebut ambil kata-kata jujur daripada seorang peminat dan pembeli ini untuk memperbaiki mutu sambal tersebut. Jangan kecewa dan teruskan semangat untuk memajukan perniagaan. - CARI |