CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7972|Reply: 96

[Tempatan] Pengunjung dedahkan Cameron Highlands tetap sesak walaupun hari biasa (Isnin-Jumaat)

[Copy link]
Post time 13-11-2021 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Home » Cameron Highlands sesak walaupun hari biasa


Perkongsian gambar oleh @kamarulafiquez di Twitter berkenaan situasi yang sedang berlaku di tanah tinggi Cameron Highlands.
Cameron Highlands sesak walaupun hari biasa

    Oleh KOSMO!
    13 November 2021, 3:00 pm

PETALING JAYA – Seorang pemuda berkongsi situasi di Cameron Highlands yang sesak dipenuhi orang ramai yang memilih kawasan tersebut sebagai destinasi percutian mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian oleh @kamarulafiquez di laman sosial Twitter semalam, dia berkongsi keadaan jalan di Cameron Highlands yang sesak sehingga memakan masa berjam-jam untuk tiba ke destinasi yang lain.

“Siapa yang mempunyai hasrat nak makan angin di Cameron Highlands, batalkan niat siap-siap sebab saya pergi dari hari Selasa sampai Jumaat jalan memang tengah sesak.

“Saya dalam perjalanan untuk balik ke Kedah, dari 1.30 petang sampai 4.30 petang masih di Cameron Highlands, jalan memang tengah sesak dekat Cameron Highland,” tulis pengendali akaun Twitter menerusi ruangan kapsyen gambar hantaran tersebut semalam.

Tambahnya lagi, dia keluar dari tempat penginapan waktu tengahari tetapi keadaan di Cameron Highlands menyebabkan beliau tiba ke destinasi yang dituju pada sebelah malam.

“Pukul 1.30 petang keluar hotel, pukul 6.00 petang baru saya sampai Simpang Pulai, itu pun saya rehat untuk buang air dan solat, pukul 9.50 malam baru sampai Kedah. Saya nasihatkan orang ramai kalau nak bercuti di Cameron Highlands sila lupakan walaupun hari minggu,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial juga berkongsi kisah malang mereka yang tersangkut di Cameron Highlands dan ada juga yang menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP.

“Benar, semalam pun rancang nak naik awal pagi, gerak dari Melaka pukul 3.00 pagi tapi pukul 8.00 pagi sampai Cameron Highlands pun dah banyak kereta, tadi keluar hotel pukul 1.30 petang, pukul 4.00 lebih baru sampai Tapah,” kata @Helloa.

“Memang jalan tengah sesak, bulan lepas pergi pun sepatutnya perjalanan itu makan masa 15 minit sahaja je, tapi sebab jalan ‘jammed’ tak tahu punca sebab apa jadi satu jam lebih dekat jalan itu,” jelas @Blackyjez.

“Bukan nak takutkan orang ramai, baru-baru ini ramai yang balik bercuti dari Cameron Highlands kebanyakkannya positif Covid-19 jadi ramai yang bergejala balik dari sana,” ujar @Hannahdania.

Terdahulu Kosmo! pernah melaporkan tentang risiko tinggi untuk mendapat Covid-19 di Cameron Highlands kerana kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2021 08:09 PM | Show all posts
tapi memang sesak.. selalu je nampak dekat group orang cameron highland ada update cameron highland sesak...

tapi situ takde la banyak benda menarik pun sejuk jer la sampai tahap ada makcik masuk tandas lepastu basuh tangan menjerittt sebab kesejukan... sampai iolsss terdampar jauhhh di bawah kegunungan pokok2 teh tu pun boleh dengar...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 08:52 PM | Show all posts
pi kamelan helen pun boleh balik hari ada apa hal
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nov Dec memang high  season kat mana pun.tunggu tgh Jan tentu aman.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 08:57 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 13-11-2021 08:09 PM
tapi memang sesak.. selalu je nampak dekat group orang cameron highland ada update cameron highland  ...

rakyat malaysia makin ramai... depa pun nak jalan2.... sudah tiba masanya kerajaan tarah bukit bukau di tempat lain utk buka lagi pusat2 peranginan yg dingin sperti gentingh dan cameron
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah kena berjam2 nk sampai cameron..masatu sblm covid la..hati ahad pulak..rasa menyesal kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 13-11-2021 09:27 PM
pernah kena berjam2 nk sampai cameron..masatu sblm covid la..hati ahad pulak..rasa menyesal kot


Fengshui ko memmang tak bagus

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 13-11-2021 08:48 PM
Malaysia ni kecik balik2 pusing situ je
Mang takla aku nk bersesak sesak

Budget lari keww?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 13-11-2021 09:38 PM
Taklah ... Kalau ko sejenis batak sakai darat
Sanggup bersesak sesak jem silakan
Aku skg tgh campi ...

Sungai belakang rumah....indeed

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pergi cameron ni tak serik2 betul dgn jem. Heran aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bertahun dah aku tak pergi. Tengok dekat google map, tiap hari merah pekat trafiknya. Hari kerja pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CH tu kecik je.. pusing2 tang tu je tempatnya. Mai pengunjung semalaysia. Mau tak sesak. G la bukit Fraser. Sejuk jugak. Tapi dia punya jalan jelah horror. Tempat pun macam creepy..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu ni...mana mall dh katup....buatlah/jadikan la 'taman tema'....berasaskan konsep2 tertentu...contoh...ikut 4 musim...cam kt negara omputeh...kreatif la sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 01:56 AM | Show all posts
Skuau replied at 13-11-2021 11:05 PM
lagu ni...mana mall dh katup....buatlah/jadikan la 'taman tema'....berasaskan konsep2 tertentu...con ...

rakyat marhaen g i city nun...bapak mahal

yg kayangan p oberc trosssss
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Farhaz at 14-11-2021 02:28 AM

Takyah pengunjung sangat la yg dedah.. tanya orang Cameron.. sejak azali dah Cameron camtu lebih2 lagi time coti. Time pkp hari tu je lengang. Tapi nak pegi udah tak boleh time tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Farhaz replied at 14-11-2021 02:26 AM
Takyah pengunjung sangat la yg dedah.. tanya orang Cameron.. sejak azali dah Cameron camtu lebih2 la ...

Mna ada zmn aku study dulu pernah naik cameron hari biasa
Lenggang jer jalan, cuma skrg pkp kan, ramai masih WFH so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
best nyer pg cameron wat pertama kali taun 1999 sejuk giler ngan pakai sweater tebal pastu pakai glove biler ckp berasap2 mulut walaupun x do salji sambil lepak ngan family bwh pokok n layan abam2 cameron main bola sepak pukul 12 tgh n dorg pakai glove kawww...sejuk ooii
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 14-11-2021 04:17 AM
Mna ada zmn aku study dulu pernah naik cameron hari biasa
Lenggang jer jalan, cuma skrg pkp kan, r ...

Dulu2 10 tahun dulu nak naik cameron gamble camtu je takda booking takda apa. Blik dari Kelantan tibe2 rasa nak singgah naik CH. Tak jem, smooth cari hotel tempat makan semua masih ok. Hampir tiap tahun naik ch.Sekarang tidak lagi. Takut lahh nak naik. Terbakor kereta kepanasan dek jem je. Jadi tak enjoy. Dah 4 tahun lebih tak naik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun depan bertambahla baby
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 14-11-2021 04:17 AM
Mna ada zmn aku study dulu pernah naik cameron hari biasa
Lenggang jer jalan, cuma skrg pkp kan, r ...

Ni lepas2 kena kurung masing2.. faham2 la..semua pakat melepas perasaan nak melancong..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.115116 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list