CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2185|Reply: 17

Tular Lelaki Gila Seks Kongsi Berhabis Ribuan Ringgit Untuk Hobi Rakam Punggung

[Copy link]
Post time 4-11-2021 09:37 AM | Show all posts |Read mode

Gambar Hiasan




PETALING JAYA – Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza namun ada juga dikalangan kita yang mempunyai hobi pelik dan jijik atau bahasa mudahnya "gila seks" hingga sanggup ambil risiko dan berhabis duit untuk kepuasan nafsu.


Kecoh di media sosial apabila terdapat pengguna di platform Tumblr berkongsi mengenai kamera kecil yang boleh dibeli khusus untuk merakam tubuh badan wanita.


Melalui tangkap layar hantaran yang dikongsi pengguna laman Twitter itu, individu terbabit berkongsi pengalamannya menggunakan kamera tersebut yang diletakkan pada beg pinggang bagi tujuan merakam punggung wanita, lapor Kosmo.






Lebih memeranjatkan, individu itu mendedahkan sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli kamera tersebut bagi tujuan tidak senonoh itu.


“Kali ini abang terpanggil untuk kongsi kamera ini dengan korang. Memang clear (jelas) kamera ini, boleh lekat pada magnet, nak pegang pun boleh tapi abang selalu lekat dekat pouch bag terutama ketika di kawasan yang ada CCTV (televisyen litar tertutup).


“Abang pun baru-baru ini nyaris ‘kantoi’. Kamera ini mahal sikit dalam RM1,000 lebih. Yang ratus-ratus pun ada je jual online,” katanya.


Hantaran yang kini tular di media sosial itu mendapat kecaman orang ramai yang rata-ratanya jijik dengan perbuatan terkutuk lelaki tersebut.







“Kamera 360 darjah ini selalunya orang beli untuk bawa ‘ride’. Tapi, dia boleh beli untuk rakam badan perempuan. Sangat jijik,” kata Ryan.


“Bila perempuan bising, susah nak rasa selamat bila berada di luar, ramai lelaki tak percaya. Lelaki miang macam ini, dia tak kisah seksi ke tidak janji perempuan. Kalau dah macam ini, masih nak salahkan perempuan ke?,” soal Mas.


“Bayangkan berhabis RM1,000 lebih untuk buat perkara terkutuk. Sedangkan duit itu boleh dibelanjakan untuk tujuan yang lebih baik,” kata Norfhi.


Nampaknya golongan wanita kena lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling walaupun berada di tempat awam kerana lelaki gila seks seperti ini ada di mana-mana sahaja mencari mangsanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sanggup berhabis duit tu..ok pasni jgn pakai skirt pendek sgt..pakai skirt labuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 09:58 AM | Show all posts
EUWWW kenapa la makin berleluasa spesis mcm ni
banyak sangat layan porn pelik-pelik ke apa ni
sampai fantasi dibawa ke dunia nyata
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 10:05 AM | Show all posts
ingatkan 1xxxx
rupenya 1000 je...ok lh tu..duit berkepuk 7gen x abis...ape de hal

kalo kantoi ja mkn x abis hahaaa

btw dia minat blkg..aku minat dpn ala2 ayu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 12:25 PM | Show all posts
ape punya giler laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali plot twist nengok montot gayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2021 01:26 PM | Show all posts
jijiknye perangai
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 01:38 PM | Show all posts
teruknya perangai
ni mesti jenis lelaki tak laku takde awek nak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu dia jual video2 punggong tu. Tak pasal2 tuan punya punggong jadi pelakon porn tanpa rela.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 04:14 PM | Show all posts
sex maniac ni dalam kategori mental illness
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu banyak kes ni kat jepun.. Kat malaysia banyak kes yg intip kat bilik mandi. Dan tak salah aku.. Depa ni ada jual juga video yg depa dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 4-11-2021 08:57 AM
sanggup berhabis duit tu..ok pasni jgn pakai skirt pendek sgt..pakai skirt labuh

Pakai bike shorts selalu kalau pakai skirt
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-11-2021 11:31 PM
Pakai bike shorts selalu kalau pakai skirt

baikk sis lady
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk nya perangaii
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:42 AM | Show all posts
yg pakai short / mini skirt tu patut dah tau drawbacks ni ye. takyah nak minta belas sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 11:50 AM | Show all posts
Penyakit mental dari dulu sampai sekarang dah bergenerasi tetap ada je species ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 12:51 PM | Show all posts
Loòorr mesti jantan muka huduh poket zero takde sape nak...if not mesti ada sorang girlfren leh belek siang mlm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644rakku
Views : 404 Replies : 0
akku
kuku78644rakku
Views : 1212 Replies : 0
akku
akku78875akku
Views : 2930 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 4243 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 5154 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:18 AM GMT+8 , Processed in 2.492468 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list