CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1551|Reply: 8

Handphone Nokia 3310 Pun Ditelan, Tak Ada Kerja Agaknya? Mujur Tak Bocor Perut

[Copy link]
Post time 6-9-2021 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Kosovo – Seorang lelaki dilaporkan telah menelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan dibiarkan di dalam perutnya selama empat hari, lapor laman Metro UK semalam.


Sepasukan doktor daripada sebuah hospital terpaksa mengeluarkan telefon bimbit daripada perut lelaki berusia 33 tahun itu melalui kaedah endoskopi.


Saiznya yang terlalu besar menjadikan telefon itu tidak boleh dicerna serta membahayakan nyawa kerana asid bateri yang bersifat menghakis berkemungkinan bocor di dalam perut.


Skender Teljaku yang mengetuai pasukan perubatan menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto telefon bimbit tersebut selepas ia dikeluarkan beserta imbasan X-ray dan imej endoskop.




Foto: Agensi




Teljaku berjaya mengeluarkan objek asing itu dari dalam perut lelaki terbabit tanpa memotongnya.


Malah, prosedur itu juga berjaya tanpa sebarang komplikasi.


Menurut media tempatan, lelaki tersebut telah datang sendiri ke sebuah hospital di Pristina kerana berasa sakit selepas menelan telefon bimbit tersebut.


Menurut Persatuan Gastroenterologi Britain, kebanyakan benda asing yang ditelan akan keluar dengan sendirinya namun 10 hingga 20 peratus kes sedemikian akan memerlukan kaedah endoskopi manakala satu peratus memerlukan pembedahan atau rawatan komplikasi.


Duit syiling, barang plastik, bateri, dan tulang adalah barang ‘asing’ biasa yang kerap ditelan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 01:52 PM | Show all posts
jadahnye telan hp nokia tu?? adoilahhh... yang macam2 je diorang ni punn...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 02:32 PM | Show all posts
Muat pula tekak dia nk telan…
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang muat kalu dah biasa deepthroat
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
even kat msia ni ramai weirdo mcm tu..
kata pakar bedah.. selain bedah utk penyakit biasa.. dorang terpaksa bedah utk kluarkan barang2 yg ditelan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:19 PM | Show all posts
sebenarnya kenapa dia telan telefon tu? memang usaha nk digest jadi tahik ke?

3310 besar kot. adoi laaa... nasib baik boleh dikeluar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2021 06:13 PM | Show all posts
Oh 3310 yg terbaru tu, saiz kecik n nipis sikit but still......ko dah kenapa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ewwww jadik gitu teponnya

yang ko dah kenapaaa?? high as a kite kahhh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 03:10 PM | Show all posts
aneh2 je perangai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.584353 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list