Dalam ramai yang mengeji, masih ramai yang masih menyokong Neelofa dan suaminya, PU Riz.
Suhaimi Saad contohnya! Artis kontroversi ini nampaknya tak puas hati dengan pihak yang tak habis-habis mengecam Neelofa.
 Foto: IG, Malaysia Gazette
Difahamkan, Suhaimi juga pernah menyokong Neelofa selepas dia berniat nak bantu penjual burger yang dikompaun satu masa dulu. Ingat tak kes ni?
Kali ini Suhaimi kembali melaungkan sokongan dengan memberi kata-kata semangat kepada pasangan merpati dua sejoli itu.
Melalui Instagram, Suhami memohon doa agar Allah lindungi Neelofa dan suami.
"Sebahagian dari ujian yang mereka lalui, dah pun aku lalui. Walau coraknya tak sama, tapi warnanya hampir serupa. Aku faham apa yang mereka rasa dan perlu hadapi.
"Tak dapat luah dan cerita semua sebab tetap takkan dapat memahamkan setiap yang terpedaya, membenci dan berdengki. Itulah asam garam dunia sebagai pejuang yang cuba berlari menuju ilahi," tulisnya.
Bukan itu sahaja Suhaimi kata tiada siapa yang memahami perjuangan mereka kerana ada perasaan benci dan dengki di dalam diri.
"Bila manusia selalu menjatuhkanmu, itu bermakna engkau sedang berada di atas. Kalau kau tak punya sesuatu yang lebih dan istimewa, tak akan ada siapa pun yang dengki dan sakit hati. Sabarlah dinda berdua."
Lagi, Suhaimi marah apabila Neelofa dipanggil pihak polis kerana didakwa tak pakai mask.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang sokong pendapat Suhaimi.
Wah, ramainya sayang Neelofa. Untunglah! -CARI
|