CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 2

Amira Othman Pernah Jadi Mangsa Buli Siber, Nasihat Rakan Artis Tak Baca Komen N

[Copy link]
Post time 19-5-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Pernah menjadi antara mangsa buli siber sebelum ini, penyanyi Amira Othman menasihatkan netizen agar lebih beretika dalam meninggalkan komen di media sosial.


Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, netizen yang gemar meninggalkan komen berbaur negatif perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menulis kata-kata yang boleh menggores perasaan individu lain.


  



"Takut bila baca, luar biasa betul mereka ini komen. Bagi saya secara peribadi, perkara ini tidak seharusnya berlaku tapi nak kawal mulut manusia ini bukannya mudah.


"Netizen mengutuk macamlah mereka (mangsa buli) tidak pernah buat kebaikan. Kalau ada seribu kebaikan kenapa nak menghukum atas satu perkara ini sahaja?


"Begitu juga terhadap diri saya, kalau dulu mungkin saya layan tapi sekarang memang saya abaikan sahaja komen-komen negatif. Kalau saya layan, hidup mesti jadi lagi tertekan," katanya kepada mStar.


Foto: IG




Amira bersama dua rakan artis, Wany Hasrita dan Elfira Loy telah dilantik sebagai jurucakap bagi kempen Anti Buli Siber yang dianjurkan oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask.


Penyanyi berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah dikecam netizen gara-gara terlalu kuat bersenam sehingga dimasukkan ke hospital pada hujung tahun lalu.


Rata-rata netizen membuat andaian penyanyi lagu Hati-Hati ini dikejarkan ke hospital kerana mengambil suplemen tambahan untuk cepat kurus sehingga menyebabkan dia jatuh sakit.




  



  



Selain bercakap bagi pihak dirinya, Amira juga turut bersimpati dengan nasib rakan-rakan artis yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa yang sering menjadi mangsa buli siber netizen sejak kebelakangan ini.


"Berpada-padalah, tulis atau komen dengan menggunakan ayat yang sopan dan beradab. Hentam maki, kesian pada si penerima itu, mereka ada keluarga.


"Sebagai rakan artis kepada mereka yang menerima nasib tersebut, nasihat saya... abaikan sahaja," ujarnya. -CARI


Sumber:mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun boleh jadi gosip eh??? Kalau ada sejuta acehand, makanya makin bingai repot2 dalam dunia ni. Asal bolehhhh je, bila tegur, sentap.

Btw, berani post, berani tanggung. Tak kisah la artis sangkak ke, artis tersohor ke, bekas penyanyi bernombor ke, dato beli ke, minah rempit ke, acik pprt ke.. kalau zul ripin takpe, mungkin dia takde niat nak post utk dikecam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia kan ranking no 2 buli siber di asia. Mengalahkan indon dgn korea.buli siber je berani buli depan2 takot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.456554 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list