CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3413|Reply: 7

Rare Gila! Parking Kapal Terbang Macam Parking Kereta!

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Rare Gila! Parking Kapal Terbang Macam Parking Kereta!

Korang mesti pernah lalu kejiranan yang penuh dengan kereta mewah, kadang-kadang ada Ferrari, ataupun Lamborghini kan? Tapi itu belum cukup power kalau nak dibandingkan dengan Cameron Airpark Estates yang terletak di California ini.


Cameron Airpark Estates ini merupakan sebuah airpark-- taman perumahan mesra kapal terbang yang dibina berdekatan Lapangan Terbang Cameron Park dan kawasan perumahan ini dihuni oleh juruterbang, serta penggemar industri penerbangan.

Memiliki satu atau lebih kapal terbang di sini adalah satu perkara yang biasa, sama macam di tempat lain semua rumah ada kereta, di sini semua rumah ada kapal tebang.




Jalan yang menghubungkan rumah-rumah di sini adalah lebih lebar untuk membenarkan kereta, dan kapal terbang untuk melalui jalan tersebut tanpa gangguan. Lebih menarik lagi, lebar jalan di airpark tersebut adalah lebih besar daripada landasan lapangan kapal terbang yang terletak disebelahnya kerana landasan tersebut adalah khas bagi berlepas dan mendarat, manakala jalan di airpark itu lebih lebar untuk bagi kereta, dan kapal terbang lalu dua hala pada masa yang sama.

Antara perkara yang membuatkan airpark ini sangat unik adalah binaan peti surat serta tanda jalan yang sangat rendah agar tidak berlanggar dengan sayap kapal terbang. Nama-nama jalan disini juga sangat unik bertemakan penerbangan seperti Boeing Road, dan Cessna Drive.




Disebabkan ramai di antara penduduk disini adalah juruterbang, dorang hanya terbangkan kapak terbang untuk pergi ke tempat kerja, yang sangat menjimatkan masa.

Sebenarnya sangat susah untuk mendapatkan rumah di airpark ini terutama sekali rumah yang mempunyai bangsal kapal terbang. Menurut mereka sekiranya ada khabar berita tentang jiran yang ingin berpindah, ramai yang akan book rumah itu. Macam pisang panas!




Walaupun Cameron Airpark Estates bukanlah satu-satunya airpark di dunia, tetapi ramai yang bersetuju bahawa ianya adalah antara yang paling best.

Sumber: Insider

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. mampu tengok aje.. kat malaysia ni yg ada kapal terbang ke heli ke kena la sewa parking kat airport sinun
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah tow lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:15 PM | Show all posts
Siapa yang mampu apa salahnya beli estet di sini, kemudahan untuk bawa kapal terbang persendirian pun sudah ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pisang panas tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Humble rumah2 pilot diaorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp bunyi bising la kn ke xbising kapal kecik gni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:10 PM | Show all posts
Cute je size kapal kecik gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.406994 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list