CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2270|Reply: 12

Polis Tahan Pengasas Sugarbook

[Copy link]
Post time 18-2-2021 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji 'Sugarbook'


Suspek berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan ibu negara, menerusi Op Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan, berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.


"Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.


"Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.






Gambar Hiasan



Beliau berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.


Media melaporkan Sugarbook sebagai platform mencari teman di antara wanita muda atau 'sugar baby' dengan lelaki berusia dan berharta atau 'sugar daddy' menimbulkan kontroversi.


Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.


Selain itu, Sugarbook turut mendedahkan ia mempunyai lebih 400,000 keahlian dengan 220,000 daripadanya 'sugar baby', 180,000 'sugar daddy' dan 6,000 'sugar mummy' di Malaysia.


Aplikasi berkenaan menyatakan kebanyakan 'sugar baby' dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi.


Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan.


Laman sesawang Sugarbook tidak boleh diakses sejak kelmarin, dipercayai selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk menyekat laman sesawang berkenaan. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Jerung takkan give up memancing ikan..{:sing
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi ada permintaan, selagi tu ada laman web yg serupa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 08:59 AM | Show all posts
tangkap pengasas pun tak guna.. selagi ada permintaan selagi tu ada yg provide..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:05 AM | Show all posts
x pernah plak aku bukak apps nih
cemana agaknya diiklankan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:08 AM | Show all posts
Baru nak daftar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 18-2-2021 09:08 AM
Baru nak daftar...

Boleh je masuk pakai VPN. Dkt playstore pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada sugardaddy dan sugarmummy, maknanya sugarbaby ada lelaki dan pompan lerr? Baper ramai pompan, dan baper lelaki jadi bayi gula ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
La hawlawala..  Hebat2 orang pulau sepet ney.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:10 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 18-2-2021 09:05 AM
x pernah plak aku bukak apps nih
cemana agaknya diiklankan

kalo x silap sebelum ni ade kecoh keluar iklan die kt digital billboard DBKL..mangkok mane ntah dlm dbkl yg bole approve iklan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 12:26 PM | Show all posts
gimik2 nak promo jer nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 12:33 PM | Show all posts
Chairman replied at 18-2-2021 10:10 AM
kalo x silap sebelum ni ade kecoh keluar iklan die kt digital billboard DBKL..mangkok mane ntah dl ...

masa tu zmn ph

haaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 12:36 PM | Show all posts
Chairman replied at 18-2-2021 10:10 AM
kalo x silap sebelum ni ade kecoh keluar iklan die kt digital billboard DBKL..mangkok mane ntah dl ...

dasat eh..siap pampang kat billboard
nak tgk style sugarbabes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.396526 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list