CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2323|Reply: 10

Kanak-Kanak Maut Didera: Bapa Tiri Amir Pernah Didakwa Cederakan Isteri

[Copy link]
Post time 4-2-2021 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.


Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek yang kini direman tujuh hari pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.


"Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada arwah kanak-kanak yang meninggal dunia itu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.


Ibu kandung kanak-kanan berkenaan juga masih direman berkaitan kes terbabit bagi membantu siasatan polis.




Rumah yang didiami arwah Amir bersama ibu dan bapa tiri, Kredit foto: Harian Metro




Abdul Majid berkata, buat masa ini pihak polis masih lagi dalam proses melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.


Lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya berusia 32 tahun direman sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di Taman Krubong Jaya di sini.


Dalam kejadian Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemukan dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di badan.


Jenazahnya dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 01:39 PM | Show all posts
jantan taguna. biawak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak tiri dia yg bunuh agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:58 PM | Show all posts
dia pernah pukul bini tak bererti dia pukul anak tu..
and kenapa dia pukul bini juga kita tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:59 PM | Show all posts
laki bini sama tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak tiri arwah adik ni buncit gemuk berkerak hitam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 04:06 PM | Show all posts
still rs ralat...knp die p ambk dr mak angkat die tu...klu die xp ambk hidup lg bdk tu...family angkat die plak tu syg sgt kt die...rsnye family angkat die tu xkesah pun nk jaga bdk tu sampai bsr
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
awal lg nk ckp. tggu hasil siasatan. ade 1 mase dlu pak tiri ni gak gigih bwk arwah amir jumpe keluarge angkat. iols agree dgn forumer. nk tau gk sbb ape bini tu dipukulnye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 04:47 PM | Show all posts
kalau di luar negara, boleh declare dah mereka ni 'unfit parents' , jadi anak2 akan diambilalih oleh kerajaan.

kalau boleh lah , orang2 mcm ni patut hukum tak dibenarkan beranak lagi kerana tak tahu bertanggungjawab dan mendatangkan kemudaratan kepada anak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mawar_mustika: still rs ralat...knp die p ambk dr mak angkat die tu...klu die xp ambk hidup lg bdk tu...family angkat die plak tu syg sgt kt die...rsnye family angka ...


Tau xpe. Tu je yg aku xpuas hati. Kenapa kau ambik balik setannn. Ishh geram aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Keadilan yg sewajarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:30 PM GMT+8 , Processed in 1.192990 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list