|
|
Banjir bukan saja menyebabkan kehancuran kepada manusia, bahkan turut menjejaskan haiwan yang hilang tempat berteduh.
Sedih melihat sebuah video menunjukkan sekawan lembu dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di sebuah jambatan kecil.
Menerusi video dikongsikan pengguna Twitter @OfficialDarline, haiwan terbabit pada mulanya dilihat tersangkut di tebing sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai.
Ramai warga maya sedih dan kesal dengan kejadian itu, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Bagaimanapun, seorang pengguna tampil menjelaskan bahawa video itu sebenarnya kejadian banjir yang berlaku di Mexico pada Julai tahun lepas. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|