|
|
Selepas lebih dua minggu melahirkan sepasang anak kembar, penyanyi Ainan Tasneem akhirnya berkongsikan nama bayinya itu di Instagram pada Rabu.
Mengambil kira maksud yang baik, Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, 29, memilih nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela untuk anak kedua dan ketiganya itu.
"Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami (anak saya) Faqeh Nael dan Faeqa Naela.
"Faqeh Nael, (bermaksud) yang memahami, bijaksana, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi.
"Faeqa Naela, (bermaksud) yang paling baik, cemerlang, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi," kata Ainan.
Walau bagaimanapun, Ainan masih belum mendedahkan wajah anak-anaknya menerusi perkongsian tersebut.
Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami (anak saya) Faqeh Nael dan Faeqa Naela.
Dalam pada itu, Ainan turut menjelaskan ejaan sebenar untuk nama anak kembarnya adalah Nayla dan Nayel yang akhirnya terpaksa ditukar pada saat akhir.
"Last minute saya tukar nama kembar daripada segi ejaan dan sebutan, tu yang tak sama dengan nama dekat sulaman itu," katanya.
 Foto: IG
Ainan selamatkan melahirkan pasangan kembar tersebut pada 18 Disember lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor.
Ainan berkahwin dengan Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017.
Pasangan itu turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia tiga tahun. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|