CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77080|Reply: 215

Marion Caunter Sambut Hari Jadi Ke-40, Tapi Nampak Muda Macam 20-an!

[Copy link]
Post time 9-11-2020 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Personaliti TV dan sosialit Marion Caunter mencuri perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 pada 5 November lalu.


Menerusi laman sosial Instagram, Marion berkongsi beberapa keping foto sambutan majlis ulang tahun serta penghargaan buat suami, ahli perniagaan SM Nasarudin dan tiga orang anaknya.


Foto: IG





“The big 40. Memasuki dekad baharu ini, saya jadi lebih bersyukur dari sebelumnya. Saya bersyukur dengan kesihatan, bersyukur adanya keluarga, bersyukur ada kawan-kawan yang menerima saya seadanya, bersyukur diberkati sebegini. Saya menghabiskan ulang tahun ke-40 dengan makan kek.


“My darling husband, terima kasih pada pasangan hidup saya. Saya mencintai awak lebih berbanding 15 tahun dulu. You’re a keeper baby,” tulis Marion menerusi ruangan kapsyen.


  



  



Pada dua majlis yang berbeza, Marion menyambut parti ulang tahun serba putih bersama keluarga tercinta.


Bekas pengacara rancangan realiti Malaysian Idol itu turut tampil serba hitam bersama suaminya untuk sebuah lagi majlis yang dipenuhi bunga ros merah.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Marion yang tidak kelihatan seperti seseorang yang berusia 40 tahun.


Malah, ramai yang mengusik ibu kepada tiga orang anak tu sebenarnya berusia 20-an berbanding umur sebenarnya.


  



“Kenapa wanita berusia 40 nampak macam 25 tahun? Kongsi rahsia bersama kami please, happy birthday Marion,” komen seorang wargamaya.


“Alhamdulillah happy birthday Marion. Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan. Serius 40? Macam 28. Awak nampak sangat muda,” puji seorang wargamaya.


“Omg tak nampak 40 langsung! Happy birthday Marion,” kata seorang wargamaya.


“Macam mana boleh 40 kalau masih nampak macam 18 tahun? Happy birthday Marion,” ucap seorang wargamaya lagi.


  



Sehingga kini, foto-foto sambutan ulang tahun Marion telah menerima hampir 75,000 tanda suka daripada warga Instagram.


Sekadar info, Marion berkahwin dengan SM Nasa pada Disember 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Leia, Lana dan Liam. -CARI


Sumber: Gempak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit
Tk buat kerja berat

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 02:25 PM | Show all posts
opkos la nampak muda da sheollss dok rumah saja besarkn anak2..tu pun bibik n butler berderet si somi amik untuk uruskan rumah..iollss kalu hidup ala2 tai2 pun umo 30 skang ni cm muka 15 tahun jahhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba ambik gambo tanpa mekap...or muka yg baru bangun tido...mesti nmpk tua dan kedut
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 02:32 PM | Show all posts
cainis dpt target org kaya melayu bkn utk agama... tp utk jd pengikis duit cantikkan muka & body

umur dah tua pun msih xreti masak si kudapadi nih... mampu tayang muka jerrr laa smpi abg jamil mampos
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
laki sheols ni nmpk mcm setia jaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 40 dia...tong ar
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
well... ramai jer 40++ cantik muda jelita... cam cheta..  rita rudaini.. tuanku permaisuri selangor...

for sure la dia wat segala mak nenek facial dan beauty enhancement... tp takkannk bg tau public..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dia siap buat treatment sedut lemak bagai ke.. Kalau bg semah bini mumia sedut kudut pon blh nmpk 25 instead of 97

Keeper? Tu obviously kot.. Anak pemilik empire.. Mau xjadi keeper. Kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cengkungnya Nasa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
She's so lucky.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape anak laki dia masuk tangan dlm seluar?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin dgn org kaya..mestila kena jaga diri, body semua.

Lain benor rupa si kakak dan si adik bongsu.
Tak nampak macam adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pelik lagi menghairankan ke apa orang kaya raya boleh sentiasa nampak muda dan ceria kan..  
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik pelik dgn diva AA dgn penampilan baru. Walau hidup miserable tetap awet muda kalau makeova.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 03:59 PM | Show all posts
seminggu berapa dia kali pergi pasar?
sebulan berapa kali dia pegang kayu mop?

zzzzz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 04:02 PM | Show all posts
bak kata kawan meols takde istilah orang cantik ke huduh... ade orang kaya n miskin je... kalo ko tak cantik tapi kalo ade duit semuanya boleh jadi cantik... hulur je duit...gittewww...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 04:11 PM | Show all posts
Ada duit macam2 boleh buat jadi cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yo yo je polower nk mengampu pon..nipu sgt nmpk mcm 18 or 25..nmpk mcm 35+ ada lah jgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Marion ni mcm dlm dunia dia je ye xcakna dgn dunia keliling. Xpandang lansung org lain, di bawah. Muka mcm umi nazeera. Islam x islam. Tah lah mmg xsuka la. Sorry peminat marion
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.263996 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list