Media sosial bukan sekadar berkongsi kenangan, tetapi kini kerap dibanjiri dengan kemewahan yang dipamerkan selebriti dan usahawan, diiringi dengan cerita sedih pada permulaan hinggalah menjadi kaya raya di usia semuda 23 tahun.
Semuanya dimomokkan dengan motivasi nahawa kejayaan akan menyusul dengan usaha dan pengorbanan. Akhir sekali, biasanya diakhiri dengan meminta pembaca menyertai mereka sebagai usahawan menjual produk yang menjadikan mereka kaya.
Fenomena inilah yang mahu diredakan oleh netizen yang lebih matang bahawa kejayaan bukanlah dinilai dari kebendaan semata-mata. Ianya lebih besar dari itu. Jangan terlalu terpengaruh dengan dakwaan 'influencer' atau usahawan cepat kaya. Tidak semua yang kaya itu bahagia.
 Kredit foto: Twitter
Menurut Effi, ukuran kejayaan seseorang tidak akan sama dengan individu lain. Jika anda merasakan ia sudah mencukupi, maka berbahagialah dengan apa adanya.
"Terlalu banyak tweet aspirasi jadi kaya sampai hidup sekarang yang middle class dibuat teruk macam loser oleh wealth influencers. Anak muda panik. Kita yang tua kena ingatkan anak muda it’s fine."
 Foto : Twitter
Pandangannya itu turut dipersetujui rata-rata netizen yang bosan dengan hantaran-hantaran kejayaan sebegini.
 Foto : Twitter
Biarpun ia tidak begitu mendapat perhatian daripada anak muda yang menganggap kejayaan adalah ukuran material semata-mata, namun teguran sebegini tetap menjentik hati mereka yang merasakan apa yang ada sekarang sebenarnya sudah memadai.
 Foto : Twitter
 Foto : Pinterest
Jadi, bagaimana ukuran kejayaan anda pula? - CARI
|