CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32541|Reply: 161

Umur 19 Tahun, Masya Masyitah Dah Beli Kondo RM300,000

[Copy link]
Post time 26-8-2020 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Baru berusia 19 tahun, Masya Masyitah dah berjaya beli rumah secara tunai.


Penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini kata semua wang yang diperolehi adalah hasil dari kerjaya nyanyiannya.


  



"Saya sudah menyanyi sejak kanak-kanak lagi, termasuk banyak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan. Jadi, saya dah kumpul duit dari kecil dan Alhamdulillah, kini dapat beli rumah.

"embelian dibuat secara tunai kerana lebih mudah dan saya tak perlu terikat dengan kadar faedah pinjaman di bank. Apatah lagi, saya tiada kerja tetap yang mempunyai penyata gaji bulanan.

"Apapun, saya amat bersyukur sudah memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta, hasil daripada aktif menyanyi selama ini," katanya kepada Harian Metro.


  



  



Namun untuk kereta, juara program Ceria Popstar musim kedua ini ada membuat pinjaman bank.


Sebelum ini Masya pernah dilabel riak kerana menunjukkan kemewahan dengan berkongsi video dekorasi dan tatarias dalam kediamannya di YouTube.


Foto: IG


"Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanya perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung.

"Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum itu disukai orang lain. Pasti, ada segelintirnya yang akan beri komen negatif," tambahnya.








Tambah Masya yang popular dengan lagu Halimunan dan Hapus ini, dia membeli kondominium di Cheras kerana mudah untuk lebih aktif dalam kerjaya di ibu kota. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkah bijak dik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nk puji comel tgk gambo2 nya sekali bukak video dah persis sharifah zarina langit ke 7 tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:28 PM | Show all posts
Masyuknya...Mesti banyak show ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom la kita suruh anak2 kita jd artis.  Dpt beli rumah 300k cash.. x payah pening2 buat loan rumah 30 tahun.. by the time acik2 dh bongkok baru habis loan rumah.. budak ni dah bebas hutang gitu.. boleh pakai Vellfire juga.. mana anak2 yg bersekolah tu ckp kat deols stop mengulangkaji pelajaran. Dan start menyanyi. Rakam video post kat media sosial. X guna belajar pandai2 sampai universiti ujung2 beli rumah berhutang sampai tua. Belum loan ptptn lg. Abis sekolah join je mana2 pertandingan nyanyian.. itu lebih menjamin masa depan.... tak gituuu???
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak budak ni. Dapat kumpul duit je beli umah terus. Esok lusa dah sendu tua ada juga tempat berteduh, buat biz homemade food dr umah je senang takyah tagih simpati cam retis lain beli kete lah emas lah baju henbeg lah. Sudahnya merempat, takpun scam org sana sini nak tampung hidup cam kepam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2020 12:33 PM | Show all posts
tahniah dek... akak nak tanya... income tax dah declare ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgok interview sheols ckp dh x minat nk belajar. Just nk fokus jd retis je.. see..  sheols sendiri nampak jd retis lbh menguntungkan.. buat pe susah payah belajar perabis duit.. ujung2 kerja jd cashier je dgn degree  n diploma yg ada tu.. dgn gaji RM1200 sebulan apa je dpt beli? Seminggu gaji dah habis bayar itu ini.. jd lah seperti artis2 kita yg berjaya membeli rumah ratus ribu di usia muda.. ada yg beli vellfire semuda 12 tahun untuk ibu bapa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
X hensem x apa jnji kaya... tp dia ni comel dan  kaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:40 PM | Show all posts
iols suka dengar dengar dia nyanyi senja nan merah dng hazama masa ceria pop star dulu....

bagus lah muda2 dah ada aset dan bebas hutang...(walaupun keta ada buat loan katanya...boleh settle cepat lah kot). harap pandai manage setiap sen yg diperolehi....all the best masya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:40 PM | Show all posts
hati-hati lembaga memerhati
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata orang kalau beli cash ratus2 ribu kena income tax..
Tak tau la kita.sebab semua beli utang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyukkkknya income dia... Tahniah, dh dpt beli umh sendiri di usia muda lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah, pandai sheolsss mengumpul aset. Mesti jenis berjimat dan pandai menyimpan ni... Ehh loan ke idok beli rumah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam tak caya pulak boleh beli condo rega 300k kat cheras.

Ada lagi ehh condo rega gitu? Ke studio?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboi dik, berani sungguh chuols declare in public beli rumah cash ya.....dah declare kat lhdn ke belum dik??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus perancangan dia. Mesti makayah bg nasihat yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki ang.. Walaupun aku tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:50 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 26-8-2020 12:46 PM
Tahniah, pandai sheolsss mengumpul aset. Mesti jenis berjimat dan pandai menyimpan ni... Ehh loan ke ...

ada teh nak tumpah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 12:52 PM | Show all posts
kondo hapa rege 300k dekat cheras??/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.354977 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list