CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 82726|Reply: 521

Linda Rafar Akhirnya Saman Dr Rusyaini RM1 Juta

  [Copy link]
Post time 28-6-2020 10:01 AM | Show all posts |Read mode




"Hampir setahun saya tunggu maklum balas. Akhirnya saya putuskan untuk teruskan."



Itu kenyataan Linda Rafar di Instagramnya bahawa dia telah memfailkan saman terhadap seorang petugas perubatan, Dr Rusyainie Ramli kerana menerbitkan 'postings' palsu dan fitnah mengenai penyanyi itu.



Doktor tersebut telah menyatakan Linda telah, antara lain, menjual produk “sampah” di laman media sosialnya.



Pada 9 Mei 2019, Dr Rusyainie membuat lima penulisan berbaur fitnah dan komen-komen melampau terhadap Linda. Kemudian, Linda menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan supaya Dr Rusyainie membuat permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta. Namun, ianya tidak mendapat sebarang balasan.





Kredit foto: IG




Penyanyi kumpulan Elite itu memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya terhadap kemudaratan yang disebabkan oleh kenyataan palsu dan fitnah defendan, dan kegagalan untuk meminta maaf padanya.



Jurucakap Linda Rafar, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications menyatakan bahawa tuntutan ganti rugi adalah sebanyak RM1 juta.


“Linda Rafar telah menuntut permintaan maaf dan ganti rugi pada tahun lalu tetapi tidak mendapat respons dari doktor tersebut. Selebriti itu kini berusaha untuk membersihkan nama beliau melalui proses pengadilan di mahkamah. Salinan saman tersebut telah dimeterai di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada minggu ini."


Kredit foto : IG





Sementara itu, peguam yang mewakili Linda, Wan Azmir berkata ianya seakan trend pihak tertentu menulis hantaran atau komen kontroversi mengaitkan selebriti bagi meraih populariti.


"enerbitan di Facebook oleh doktor tersebut mengikut modus operandi yang sama; kata-kata yang sangat berat sebelah, kasar dan memfitnah, daripada orang yang tidak dikenali oleh anak guam kami.”


Sidang media ketika mengumumkan IG Linda digodam - IG




Wah! Isu hangat tahun lalu dihangatkan kembali dengan perkara saman ini. Setakat artikel ini ditulis, tiada maklum balas daripada doktor itu di media sosial. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan kes mahkamah ini ya - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai
Bosannyer ko linda
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:06 AM | Show all posts
Pffttt.... Nk kene buat posting puji produk kah untuk mintak maaf?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersedia diboikot lagi acik linda
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Budakmomok at 28-6-2020 10:13 AM

Peguam2 tu ada firma sendiri, JV kes ngan wan hasfarizam?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:13 AM | Show all posts
Wekk..linda sendu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr rusayini masih aktif ke kt fb? I dah lama unfollow dr ninie tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes saman lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
x suke linda tp nk gak tgk doc gigi tuh terkena...very the biadap
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:17 AM | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 28-6-2020 10:14 AM
Dr rusayini masih aktif ke kt fb? I dah lama unfollow dr ninie tu

Masih... i follow dia sebab penulisan dia, bittertruth
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:18 AM | Show all posts
blekkep replied at 28-6-2020 10:15 AM
x suke linda tp nk gak tgk doc gigi tuh terkena...very the biadap

dia medical doc kan, bukan Dr gigi...

i harap dr nini yang menang
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku x sokong pun acik linda ni tp aku sokong sheol saman dr tu. Mnyampah dgn dr tu mulut cam hangsuang, bajet dia baguss sgt, time kluar tv, ckp trgagap2 smbil sengih2 cam kerang busuk. Mnulis je berani, berdepan kecut jgk. Bagus la, biar kena saman, hrp slowdown ckt prngai mulut n tngan cibai dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
yeos replied at 28-6-2020 10:18 AM
dia medical doc kan, bukan Dr gigi...

i harap dr nini yang menang

tau...dokter gigi tuh poremer yg kasik name
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
yeos replied at 28-6-2020 10:18 AM
dia medical doc kan, bukan Dr gigi...

i harap dr nini yang menang

maybe dia maksudkan doc tu gigi jongos u..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Rusyainie ni penulisan dia cam Ade berlagak jugak..jenis susah terime pandangan org . Cash le
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:24 AM | Show all posts
blekkep replied at 28-6-2020 10:20 AM
tau...dokter gigi tuh poremer yg kasik name

hahaha okay2 sorry u, faham dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 28-6-2020 10:15 AM
x suke linda tp nk gak tgk doc gigi tuh terkena...very the biadap

Sheol dr biasa. Bkn dr gigi. Sama, mulut hangsuang . Padan muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
saman ajer lah keje kau linda..
kalau menang dapat cover balik income yg hilang dari followers ig yg ghaib jugak haritu kan..? ini jer cara kau nak generate income balik kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:25 AM | Show all posts
naina replied at 28-6-2020 10:22 AM
maybe dia maksudkan doc tu gigi jongos u..hihi

itulah... i yang lampi tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 28-6-2020 10:20 AM
Walaupun aku x sokong pun acik linda ni tp aku sokong sheol saman dr tu. Mnyampah dgn dr tu mulut ca ...

Aku setuju.. Menyampah betul ngan Dr perasan bagus tu! Kakitangan perubatan pun bukan semua suka perangai biadab dia tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.069685 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list