CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3510|Reply: 13

Nak Jadi Kluster Broga Ke?Bukit Broga ‘Jammed’

[Copy link]
Post time 22-6-2020 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bukit Broga di Semenyih antara destinasi yang digemari ramai untuk mereka melakukan aktiviti riadah. Sepanjang PKP dilaksanakan, semua pusat sukan dan taman rekreasi ditutup termasuklah Bukit Broga.

Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini Bukit Broga baru sahaja dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh pengunjung.

Terdapat beberapa foto dikongsi pengguna Facebook yang memuatnaik ke group Hiking And Recreation Around Malaysia. Foto tersebut menyaksikan situasi sesak pengunjung ke Bukit Broga pada hari kedua dibuka iaitu 21 Jun 2020. Difahamkan pengunjung mula membanjiri Bukit Broga bermula jam 7.00 pagi sejak 20 Jun 2020 lagi.

Namun bagaimanapun, netizen mula meninggalkan pendapat mereka di ruang komen group Facebook berkenaan. Mereka menyarankan agar pihak berkuasa termasuk polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan siasatan berhubungan situasi yang viral itu.

Malah, segelintir menyifatkan kesesakan pengunjung di kawasan itu berpotensi menyebabkan berlakunya penularan Covid-19. Sebaiknya, orang ramai tidak digalakkan untuk ke Bukit Broga bagi memutuskan rantaian jangkitan tersebut.

Sumber: Hiking And Rexreation Around Malaysia




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa  rilekler.  Doa byk2 sudhla. Tapi harap xde kluster brogalerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya mmg sengaja buat mcm tu bg korang mls dtg naik bukit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 10:13 AM | Show all posts

Mak Ai, Nak Panjat Bukit Broga Pun Beratur? Nak Jadi Kluster Broga Ke?








Rakyat Malaysia pasti merindukan aktiviti riadah dan kegiatan luar selepas 'terkurung di rumah' susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lepas.

Ini kerana semua pusat sukan dan taman rekreasi ditutup kepada orang awam termasuklah tempat rekreasi terkenal, Bukit Broga.  


Sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, Bukit Broga dibuka kepada orang ramai dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi pengunjung.  


Beberapa gambar dari Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M) menjadi tular di media sosial ekoran kesesakan orang ramai yang mengunjungi bukit berkenaan sebaik dibuka pada 20 Jun 2020.







Kredit Foto  -  Nor Azan Md Adam Via Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M)



Kredit Foto  -  Yati Azri Via Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M)




Netizen mula meninggalkan pendapat mereka di ruang komen Facebook berkenaan yang turut berasa khuatir sekiranya wujud kluster COVID-19 baru akibat kesesakan ini.


















Kredit Foto  -  Yati Azri Via Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M)




Inilah norma baru yang terpaksa kita semua amalkan sehingga vaksin COVID-19 belum ditemukan. Ia dilihat sebagai solusi terbaik yang perlu dipraktikkan setiap individu untuk membantu usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak penyakit berjangkit itu.


Kerajaan beri kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi kita sebagai rakyat harus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 12:42 PM | Show all posts
Dah nampak ramai macam tu baik balik je lah buat apa berkumpul kat tempat ramai orang macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 01:06 PM | Show all posts
nasib baik bukit yg i slalu naik kt tempt i ni xramai org even hari minggu...klu ramai camni baik blk jelh...last weekend br ni i naik dgn kwn i, adalah sepasang hamba Allah tu nk naik jugak...tp yg lawaknye die pakai facemask...serius ah nk hiking bukit pakai mask bagai...i p mall pakai mask pun rs lemas...ni nk naik bukit pakai mask lawak btul xtaulh ape yg die pk...sedangkan hr tu mmg xramai mana pun naik bukit tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2020 01:09 PM | Show all posts
Dah tahu ramai sangat macam tu tak perlu ler tunggu gi ler try kat bukit lain pulak buang masa je menunggu kalau dah ramai sangat macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 01:35 PM | Show all posts
jalan2 kat taman jelah..klaau dah sampai kena beratur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2020 08:35 PM | Show all posts
Gigihnya nak berekriasi.  Pergi tempat lain ajelah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 02:02 PM | Show all posts
Tak sangka, panjat bukit pun kena beratur macam masuk Ikea?
Bertabahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka kome arini kkm dah announced broga ditutup..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejibik perangai mcm ummah jinjang kat wuhan sana abis jer mco terus berpusu2 ke taman rekreasi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana aritu orang malaysia yg kutuk china lepas habis pkp terus daki gunung dan melancong. Hawauuu. Sama je. Bodoh ada di mana mana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Smu nk lepas gian nak bukit, gunung dan seangkatan dgnnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.109746 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list