CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16262|Reply: 90

Cikgu Ku Suraya: Bakal 'Buah Tangan' Terbaru David Teo Terima Kecaman

[Copy link]
Post time 24-1-2020 11:24 AM | Show all posts |Read mode


"Cikgu!!!" ;  "Apahalnya Amir." ;  "Saya nak pinjam pam, tayar pecah" ; "Tunggu sat!!!"


Mungkin ramai yang tak tahu dialog-dialog ni. Tetapi, bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, pastinya anda tahu dialog antara seorang murid dengan cikgunya ini. Ya, ini dialog antara Cikgu Suraya dengan anak muridnya, Amir di tengah hujan lebat di hadapan rumah Cikgu Suraya. Apa yang Amir buat di depan rumah cikgunya tu? Yang itu, anda kena kaji sendiri.


Foto; Awani




Baru-baru ini, penerbit filem terkenal Malaysia, David Teo telah bikin heboh di post Instagram miliknya. Beliau mengumumkan yang Metrowealth akan mengeluarkan buah tangan mereka yang terbaru, iaitu Cikgu Ku Suraya. Sama ada ia akan menjadi filem ataupun drama bersiri, masih kekal misteri.


Anda boleh melihat post Instagram nya di bawah:


  





Selain itu, aktres berbakat dari Sabah yang juga merupakan Miss Malaysia Model 2013, iaitu Chumiee Omey akan memegang watak Cikgu Suraya. Gadis berdarah Indian-Kadazan turut berkongsi dalam akaun IG nya @chumieeomey, di mana beliau memakai baju kebaya dengan tag nama SURAYA. Dah excited ke kawan-kawan?


  





Beliau juga turut repost post IG milik David Teo tersebut.




  





Rata-rata netizen dilihat mengecam pembikinan cerita ini. Antara komen yang diberi:


"atut cerita2 mcm nie. Perlu dihadkan didlm industri lakonan nie... merosakkan pemikiran remaja, imej cikgu, imej pelajar.. cuba la buat cerita2 berkenaan yg mengangkat kita.. bkn merendah2kn kita balik.."

"Jgn burukkan imej cikgu pliss...kita ada garispanduan dlm pemakaian baju...kal mcmni lagi benci masyarakat trhadap ckgu nnt"

"Macam bangga pulak nak buat cerita2 mcm ni. Pastu publickan."


Ramai yang tidak bersetuju dengan pembikinan Cikgu Ku Suraya, lebih-lebih lagi pemakaian Chumiee Omey yang langsung tidak menggambarkan pemakaian yang betul bagi seorang guru. Tidak kurang juga ramai yang anggap cerita ini akan merosakkan budak-budak sekolah.


Cerpen Cikgu Suraya yang menjadi lagenda pada tahun 90-an memang sebuah cerpen yang sangat kontroversi. Adakah cerita Cikgu Ku Suraya diinspirasikan daripada cerpen itu? Nak tak nak, kena tanya tuan badan sendiri la jawabnya.


Cerita Cikgu Ku Suraya akan diarahkan oleh Ejump Mohd, yang pernah juga mengarah drama bersiri sebanyak 20 episod, Bukan Cinta Aku lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan Baim Wong.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
takotnya chegu suraya macam sajat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:31 AM | Show all posts
lawo plak cekgu suraya versi davidteo nehh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:34 AM | Show all posts
sampah.. elok melingkup jah mig nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kecam2 ni dah kenapa?
Nampak sgt yg korang tu pembaca bahan2 yg tak bermoral
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecam bukan sebab baca bahan tak bermoral. Tapi etika keguruan tidak dipatuhi. Guru pakai baju transparent ngan rambut perang. Tak de dalam etika pemakaian guru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksinya cikgu....nampk abes yg dlm2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:03 PM | Show all posts
Sape jadi Amir? Untunglah  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 12:08 PM | Show all posts
terdesaknya apek teo ni..tak habis2 membodohkan penonton melayu..elok la pun melayu yg bodo pi support filem/drama dia..retis2 berlakon dlm drama dia pun stok retis pprt setaraf fara mendoza je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam ezlynn. Cerpen suraya ni kisah apa sebenarnya, beria david teo buat cari kontroversi nak carik makan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:21 PM | Show all posts
Catpaw replied at 24-1-2020 12:18 PM
Nampak macam ezlynn. Cerpen suraya ni kisah apa sebenarnya, beria david teo buat cari kontroversi na ...

Haah, baju hijau tu macam Ezlynn. Iols ingatkan sheols tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut tu kot ye pon kaler laa dlu warna hitam adoi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu memang ada etika pemakaian, dan berkasut. Sukahati la kan nak buat kisah apa tapi at least buat la research, jangan tunjuk bodoh pemalas sangat. Nak seksi bukan setakat kena pakai see through saja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah yang pakai baju hijau tu pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dgn cerita ni.. cikgu akan jd object seks
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja lembaga penapisan utk meluluskan ke tidak. Sbb mmg guru tidak boleh berimej macam ni di sekolah. Penggiat2 seni kalau nak berkarya tolong fikirkan kesan kepada penonton. Bukam fikir poket nak kaya jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 12:48 PM | Show all posts
Rasa dh lama MIG xbuat filim kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:56 PM | Show all posts
Dia ni memang kurang ajar Dato’ Seri....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
IRL, takda cikgu pompuan Melayu Islam berani pakai camtu kat sekolah. Dengan mekap tebal free hair, rambut separa blondie, kebaya ketat jarang. Kau ingat ini zaman 60-80an where it was okeh for cikgu pompuan Melayu huntok tak bertudung dan pakai skirt pendek atas lutot?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
MIG ni mmg byk cerita mcm ni jelah tkpun mcm rempit tu. Dah la rambut cikgu berwarna siap kebaya ketat, mmg nak malukan warga cikgu ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.479781 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list