CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5562|Reply: 26

"Nak Popular Mudah, Tapi Nak Bertahan Susah" - Saharul Ridzwan Ingat P

[Copy link]
Post time 30-10-2019 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Saharul Ridzwan masih ingat pesanan pelakon senior yang menasihatinya untuk berhati-hati mengatur hala tuju kerjaya dalam industri terutama apabila berada di puncak popular.


Pesanan Azhan Rani sentiasa menjadi dorongan untuk Saharul terus bertahan dalam dunia lakonan ini.




  



Dia juga begitu kagum dengan pelakon Beto Kusyairy yang sentiasa mendapat tempat dalam industri sungguhpun jarang wajahnya muncul di skrin televisyen.


Katanya lagi kepada Berita Harian, menjadi seorang yang popular memang mudah, namun untuk terus konsisten itulah yang sukar.




  



Masyarakat sentiasa melihat dan menilai pergerakan seseorang selebriti dan dia perlu bijak mengatur langkah.


Dia perlu keluar dari zon selesa dan disebabkan itu dia mengambil peluang untuk berlakon filem pula untuk menguji kemampuan dirinya.




Foto: Instagram Saharul Ridzwan




Zul Ariffin juga pernah mengatakan padanya sebagai seorang pelakon, jika dapat membintangi sebuah filem maka itu adalah pencapaian yang baik kerana tidak semua mendapat peluang sebegitu.


Kini, Saharul masih dalam set penggambaran untuk filem Coast Guard dan sangat bersyukur dikurniakan rezeki untuk berlakon dalam filem tersebut. Itulah pencapaian tertinggi dalam bakat seninya setakat ini.




  



Dia juga aktif dengan perniagaan sendiri yang dibantu isterinya ketika sibuk dengan penggambaran. Sebagai ketua keluarga, dia tidak boleh bergantung pada rezeki lakonan semata-mata, tambahan pula ahli keluarganya juga akan bertambah.


Pada masa sama, dia juga berminat untuk menjadi pengarah dan sedang belajar selok-belok urusan belakang tabir.




  



Moga nama Saharul juga akan sebaris dengan pelakon ternama di tanah air suatu hari nanti. Kita perlukan muka-muka baru dan idea yang segar untuk menghidupkan lagi industri perfileman. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 04:23 PM | Show all posts
Wujud lagi ker mamat ni dalam industri?
Berlakon dah la haus.
Takleh iols tengok kalau mamat ni yang jadi hero.
Mati terus selera iols.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Belakon pilem pon kalau tahap lakonan ko pon gitu2 je, x de impak bang
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Uissshhhhhh ni dipanggil nikmat mata ni!!!
Uisshhhhhhh indahnya!!!!!
Kalau berbantal lengan, harus tido lena!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Penerbit filem malaysia ni mmg membosankan.. kalau musim filem ketenteraan.. abislah semua nk buat filem unit beruniform..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
YAWN....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2019 04:56 PM | Show all posts
ko pun dah sendu kan

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Afakah @Kurex sedang melanc** smbil tgk thread ni?

Tnya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk kelas lakonan dulu la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik bang. Teruskan memang luar biase
Yang maen filem ni biase dak nakal2 je
So tahniah la yg mana lelaki baik tersuci yg dapat movie tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 30-10-2019 05:08 PM
Afakah @Kurex sedang melanc** smbil tgk thread ni?

Tnya je

Tunggu dekat rumah.. Tak boleh depan public
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:50 PM | Show all posts
aaron aziz 2.0 yach...tapi heshe sekarang rajin buat igreview bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannyaaaaaaaa dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 04:45 PM
Penerbit filem malaysia ni mmg membosankan.. kalau musim filem ketenteraan.. abislah semua nk buat f ...

Mmg bermusim chuols. Dr zaman mat moto rempit, seram ke action movie. Drama2 pun gitu, dr zaman cerita buli, cerita budak cacat, ke cerita bbdak lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli la tengok badan die ni.. Muke mcm besau gile. Badan mcm besau pelik... Ape ke badan manusia normal mcm ni.. Xde makne. Tahap biase udah la.xperlu nak jadi peti ais sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:44 PM | Show all posts
berotot2 badan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hang sapa dek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi prefer tengok lakonan azhan Rani Dari dia ni..azhan Rani best berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 30-10-2019 07:22 PM
Mmg bermusim chuols. Dr zaman mat moto rempit, seram ke action movie. Drama2 pun gitu, dr zaman ce ...

iols ok je cite pasal realiti keje..jgn keje 10%,90% bab bercinta..mmg vavi la..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
lps ni buat cite pasal lecturer ke,staff bank,keje gomen ke..make sure 90% pasal keje ok...xde bab bercinta ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644rakku
Views : 404 Replies : 0
akku
kuku78644rakku
Views : 1212 Replies : 0
akku
akku78875akku
Views : 2930 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 4243 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 5154 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:52 AM GMT+8 , Processed in 1.185006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list