Seperti kebiasaannya pada setiap majlis anugerah di negara kita, rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi!
Demikian juga berlaku bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian KE 32 (ABPBH) melibatkan beberapa kategori yang dimenangi oleh artis yang tidak disangka-sangka.
Kredit foto: Instagram / mstar
Salah satunya ialah Artis Baharu Wanita Popular yang dimenangi oleh Haneesya Hanee menewaskan Aina Abdul, Amelia Henderson, Masya Masyitah dan Sarah Suhairi.
Walaupun di atas kertas, nama Haneesya lebih dikenali ramai, namun penglibatannya lebih kepada dunia modelling sedangkan ABPBH umumnya dimonopoli oleh pelakon, penyanyi mahupun pengacara.
Tambahan pula, Haneesya pernah mencetuskan kontroversi awal tahun lalu selepas kemenangannya dalam Dewi Remaja ditarik balik susulan videonya bersama rakan-rakan sedang berhibur di kelab malam tersebar meluas.
Oleh itu, kemenangan Haneesya dipertikaikan ramai, terutamanya di laman Instagram beliau.
'Apa pencapaian dia? Dia undi diri sendiri ni' kata seorang netizen.
'Siapa yang bodoh undi dia' kata seorang lagi.
'Kenapa kaki kelab malam yang menang? Adakah party mabuk-mabuk meraikan kemenangan' tambah seorang lagi.
Kredit foto: Instagram
Bagaimanapun, Haneesya mengambil langkah bijak apabila tidak melayan kecaman-kecaman yang mempertikaikan kemenangannya. Sebaliknya beliau memuatnaik beberapa buah video beserta kata ucapan penghargaan untuk peminatnya.
Kredit foto: Instagram
Di sebalik pelbagai tohmahan, ramai juga peminat yang memberikan ucapan tahniah dan penghargaan ke atas kemenangan itu.
'Aku konfiden gila Haneesya menang, padan muka siapa yang downkan dia masa crown ditarik dulu' kata seorang peminat beliau.
Kredit foto: Instagram
Yang pasti, rezeki tak pernah salah alamat dan tahniah kepada Haneesya Hanee atas kemenangannya. Semoga beliau dapat membuktikan bakatnya selepas ini untuk menutup segala tohmahan.- CARI
|