CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2512|Reply: 10

Wawasan 2020 Hampir Menjadi Realiti? Malaysia Bakal Menjadi Pengeluar Kereta Ter

[Copy link]
Post time 4-3-2019 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Wawasan 2020 merupakan ilham Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Ketika itu ramai mengatakan akan wujud kereta terbang kerana kepesatan teknologi pada tahun tersebut.


Pada waktu tersebut perkembangan proton yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai industri kereta nasional pertama sangat tinggi dan memberangsangkan.


Maka kita tiada keraguan tentang berkemungkinan wujudnya kereta terbang akan menjadi kenyataan seumpama filem-filem kita tonton.


Namun kini, ramai yang ragu-ragu akan kewujudan kereta terbang di negara kita memandangkan masalah negara berdepan hutang dan masalah-masalah yang lainnya.Pada era pemerintahan kerajaan terdahulu, wawasan 2020 tidak lagi menjadi hala tuju maka terkuburlah juga hasrat kita melihat kereta terbang akan memeriahkan ruang udara dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di darat.



Kredit foto: careta.my




Bagaimanapun baru-baru ini keluar satu kenyataan daripada Menteri Pembangunan  Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof di Bernama bahawa prototaip kereta terbang akan diperkenalkan pada tahun ini. Wah! tak sabar pula rasanya hendak melihat teknologi kereta terbang ini berada di pasaran negara kita.



Kredit foto: berita harian



Paling mengujakan penghasilan kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan kerana Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, dron, UAV dan kereta nasional.


Kementerian mahu membuka mata semua pihak bahawa teknologi ini boleh dilaksanakan malah selamat. Kereta ini  dikatakan mempunyai spesifikasi yang berupaya terbang pada altitud yang rendah pada kelajuan munasabah dan mempunyai kapasiti dua penumpang.


Kereta terbang ini juga dijangka tidak akan di jual kepada orang awam, tetapi orang awam akan menjadi penumpang kereta ini. Apa yang penting, negara kita akan cuba menjadi pengeluar untuk kereta terbang dan akan merangsang pertumbuhan industri pembuatan negara dan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


Sebenarnya Aeromobil telahpun mencipta kereta terbang dan telah memasarkannya. Aeromobil merupakan pengilang protaip bagi kereta terbang yang direka oleh Štefan Klein. Mari kita layan foto-foto kereta-kereta yang dicipta oleh mereka dan adakah kereta terbang keluarkan kita akan setanding dengan kereta keluarannya.





Kredit foto:google



Kredit foto:google



Kredit foto:google



Kredit foto:google





Kredit foto:google



Kredit foto:google


Cantik juga kan? Apakah anda teruja? Apa-apapun biarlah ia selamat digunakan dan sama-sama kita nantikan pengeluarannya nanti.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapla banar kereta terbang. Kereta biasa bawak kat jalan biasa pun ada risiko.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 06:56 PM | Show all posts
Negara lain rilek jer benarkan orang awam beli. Redzuan sekor ni pulak gelupor nak harap orang awam jadi penumpang saja. Bongok tahap ulat
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Huwa ketreta uturn xdo ke..kikiii mimpilah adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta terbang ni ada masalah power window? Masalah gearbox? Masalah peYno?

Kalau ada? Sila rebage kereta terbang honda

Now everyone can rebadge
Now everyone can car fly
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta terbang - lbh byk eksiden. Kereta rosak, trus jatuh kereta tu. Rajin pulak meleis ni nak amik risiko gitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastikan kereta terbang ni ada payung umbrella incase malfunction jadi penumpang driver boleh terjun macam jet fighter punya driver..

Buat projek kereta terbang guna duit siapa? Sorry xtahu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 10:27 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-3-2019 11:17 PM
Kereta terbang ni ada masalah power window? Masalah gearbox? Masalah peYno?

Kalau ada? Sila reba ...

he he...teringat peyno dan minatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 12:24 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-3-2019 11:17 PM
Kereta terbang ni ada masalah power window? Masalah gearbox? Masalah peYno?

Kalau ada? Sila reba ...

Kaka cili memang kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap: Pastikan kereta terbang ni ada payung umbrella incase malfunction jadi penumpang driver boleh terjun macam jet fighter punya driver..Buat projek keret ...


Kalau jatuh atas air cane cuols? Laut? Sungai? Tasik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:59 PM | Show all posts
kereta terbang harap bolehlah milikinya bukan untuk di tonton sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 6373 Replies : 4
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18396 Replies : 22
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 4038 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:43 PM GMT+8 , Processed in 1.375551 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list