CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2117|Reply: 10

Demi Pujuk Isteri, Suami Curang Sanggup Tatu 'Janji Taat Setia' Di Dada

[Copy link]
Post time 8-1-2019 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Mendapatkan semula kepercayaan pasangan selepas ditangkap curang adalah sesuatu perkara yang sukar. Dalam kebanyakan kes, pasangan akan hilang rasa sayang di antara satu sama lain dan perkahwinan akan berakhir dengan perceraian sekiranya kemaafan tidak diberikan.


Kredit foto: The Mirror


Memetik sumber The Mirror, seorang lelaki bernama Jose Torres menjadi tular kerana sanggup berbuat apa sahaja demi memohon kemaafan daripada isterinya apabila ditangkap curang. Dia telah mencacah tatu yang agak memalukan di dadanya dengan saiz tulisan yang besar dan dimuat naik oleh seorang pekerja kedai tatu di Instagram dengan kapsyen 'Mulakan tahun baru dengan azam baru.'   




Kredit foto: Instagram


Mesej yang ditulis di dadanya itu berupa aku janji taat setia termasuklah nama, tarikh dan senarai perbuatan yang telah menyakitkan hati isterinya sepanjang perkahwinan mereka. Antara kandungan mesej itu termasuklah 'Saya seorang kaki penipu, kaki curang, pelanggan pelacur , tidak jujur dan tidak menghormati isteri'. Saiz tatu itu sangat besar dan hampir menutupi kesemua dadanya.



Kredit Foto: Mirror




Gambar itu telah menjadi perhatian ramai netizen yang mencerca tindakannya dan menyuruhnya bercerai sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji usahanya untuk menyelamatkan perkahwinannya.


Kredit foto: Instagram


Tidak ketinggalan netizen yang menyindir beberapa kesalahan ejaan serta tertanya-tanya apakah perasaan isterinya atau perempuan simpanannya setiap kali melihat lelaki itu tidak berbaju dengan senarai tersebut.


Kredit foto: Instagram


Nampaknya kalau trend ini menjadi ikutan, frasa 'kalau tak percayalah belahlah dadaku' akan menjadi lapuk. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 12:45 PM | Show all posts
xtaula bole tahan bape lama
hati manusia ni berbolak balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 01:05 PM | Show all posts
Harap janji ditepati kali ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeeeee..bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:20 PM | Show all posts
Whore/prostitute lover
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok tengok isteri kau yg curang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 03:35 PM | Show all posts
Tabiat lama seseorang tu bukan senang nak diubah sekelip mata dengan sekadar cecah tatoo cam tu boleh percaya ke,
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 04:47 PM | Show all posts
Ouchhh! Tengok je pun dah terasa sakit. Ko igt badan ko buku catatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2019 07:46 PM | Show all posts
Entah berapa lama je tahan ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak istiqomah, janji hanya tinggal janji...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ho hem ji! Tatu ade typo laaaaaa kehkehkeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 2.234926 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list