|
|
Pasangan Azwan Kombos dan isterinya, Ezzaty Abdullah mendakwa yang rumah mereka dihuni oleh makhluk halus.
Ianya disedari pada tarikh hari lahir anak pertama mereka, Harum Dalia pada 6 Disember 2018, sekitar waktu maghrib.
"Harum ada kawan-kawan ramai datang rumah berswafoto dengan dia.
"Benda itu tak ada di situ cuma dia melintas," katanya kepada Sinar Harian.
Pada awalnya dia sekadar mengambil gambar berdua dengan anak kemudian dimuat naik ke Insta Story IG.
"Lepas share di IG Story tu peminat yang beritahu saya ada benda di belakang, tiga penampakan.
"Kami dah tunjuk dengan ustaz dan katanya ia nampak benda itu ada.
"Malah sebenarnya kami sudah berjumpa dengan tiga ustaz dan kediaman itu sebenarnya sudah dipagarkan.
"Namun, menurut seorang ustaz ini benda itu tidak mahu keluar."
 Foto: IG Azwan Kombos
Marilah sama-sama berdoa semoga tiada apa-apa yang serius berlaku pada mereka sekeluarga. -CARI
|
|