CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1861|Reply: 8

[Tempatan] Lelaki ugut bunuh Salahuddin Ayub ditahan

[Copy link]
Post time 6-12-2018 09:02 AM | Show all posts |Read mode
POLIS menahan seorang lelaki selepas dipercayai meletakkan bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di depan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, lelaki itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Kamaluddin berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila permohonannya untuk meminta bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ditolak.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kes itu termasuk identiti dan usia suspek kerana siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, pegawai Salahuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku ketika Salahuddin tiada di pejabatnya di Muar.

Salahuddin juga adalah Ahli Parlimen Pulai yang terletak di daerah Johor Bahru dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 9:11 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau dah kenapa dek? Ini kes ugut sambil reveal identiti sendiri minta kena tangkap dengan abam pulis ke dekkk? Kinky sangat kau dekkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sgt macai lelain parti nk bergaduh . Sedangkan politician berbeza parti aman2 jah cium molot diluar lensa camera
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lembu tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh membunuh memang amalan umno. Tengok kes arwah Datuk Taha kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 03:59 PM | Show all posts
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2018 08:12 AM | Show all posts
Apa hal nya ni.  Takkan lah sampai ugut bunuh bagai. Dah hilang rasional sgt ke rakyat akibat kekencaigan?


Moga pihak berkuasa siasat betul2.  Since YB Salehudin pun kata tidak sangka polis ambil serius kes ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
miemiecha replied at 6-12-2018 03:59 PM
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii

Lembu seko mhl.rugi je klo dimatikan sesia gitu.Klo jual dpt duit xyh mintak2 loan lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 10:27 AM | Show all posts
Beautifulliar. replied at 7-12-2018 08:17 AM
Lembu seko mhl.rugi je klo dimatikan sesia gitu.Klo jual dpt duit xyh mintak2 loan lg

kan kakak.. klau langgar dek kete pun, blh lapah pastu jual ganti blik baiki kete..
sesia je ltak depan opis
xleh dpt duit
xleh wat mkn..
mati sesia lembu tuh..
tuan nye lembu sama lembu ngan lembu tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.727851 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list