CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2916|Reply: 9

Mati-Mati Ingat Ada Wanita Keguguran Dan Janin Jatuh Atas Jalan. Rupa-Rupanya..

[Copy link]
Post time 12-11-2018 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Permainan slime begitu sinonim dengan kanak-kanak zaman sekarang. Permainan berbentuk lendir yang berwarna-warni itu begitu menarik perhatian kanak-kanak dan mampu membuatkan mereka begitu leka bermain. Slime diperbuat daripada campuran air, gam dan borax. Ia bukan sahaja banyak dijual dalam pasaran negara tetapi boleh dibuat sendiri dengan melihat tutorial di laman youtube.







Bagaimanapun, slime ini dikatakan berbahaya kerana ia disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang juga dikenali sebagai borax. Ia boleh membuatkan sesiapa yang bermain permainan ini mengalami keracunan sekiranya tertelan atau tidak mencuci tangan selepas bermain slime. Lebih parah, ia juga boleh menyebabkan kematian!


Tetapi, status yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook ini menarik perhatian ramai netizen berkenaan permainan slime ini. Ini kerana, tular seketika apabila ada individu yang mendakwa telah menjumpai janin di atas jalan berdekatan sebuah pasar. Rupanya-rupanya ia adalah permainan slime yang dibuat menyerupai sebentuk janin. Ramai netizen yang telah tertipu dengan cerita tersebut.

Sekali pandang nampak macam janin betul

Permainan slime yang mempunyai bentuk janin

Tak pasal-pasal polis datang di tempat kejadian.


Siapa yang buat permainan bodoh ni?



Apa lagi, memang ramailah netizen yang mengecam orang yang mencipta permainan sebegitu kerana ia boleh mengundang salah faham dan kekecohan. Sepatutnya ia tidak boleh memasuki pasaran negara ini kerana ramai yang tahu permainan yang pelik sebegitu begitu banyak dijual di negara China.



Mati-mati ingat janin betul!



Termasuklah seorang netizen ini, mati-mati dia ingatkan itu betul-betul janin manusia dan berasa sangat kesian. Dia turut mengecam pelaku yang membuang janin tersebut.  



Netizen tergelak sebab lucu



Malah, ramai netizen yang tergelak dengan cerita janin yang dibuat daripada slime ini. Tetapi, mereka bukannya berasa lucu dan terhibur dengan bentuk slime berbentuk janin itu tetapi kerana sudah tertipu dengan cerita yang tidak benar. Nampaknya beberapa orang netizen mengecam sesiapa yang terhibur dengan kejadian tersebut.





Andaian wanita mengandung tu tak pakai spender



Lucunya, ada komen yang cukup kelakar daripada netizen selepas melihat gambar janin yang keguguran itu. Ada yang berpendapat wanita yang mengandung itu tidak memakai seluar dalam atau seluar dalamnya berlubang. Sebab itulah janin tersebut jatuh di atas jalan. Lebih mengaibkan, ada juga netizen wanita yang mengaku tidak memakai seluar dalam ketika hamil. Entah apa-apalah kan?











Berhatilah-hatilah memilih jenis permainan yang ingin dibelikan kepada anak-anak. Bukan semua permainan yang tular itu sesuai dijadikan mainan untuk anak-anak tetapi fikirkan kesannya pada kesihatan dan untuk perkembangan otak anak-anak. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Permainan dari china ni memang boleh mengelirukan. Ada beras tiruan, telur tiruan dan macam lagi. Ada juga yang percaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Adesss.. Tringt pulak dkt grow a boufriend y korea punya lawak tu. Hahaba{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:42 PM | Show all posts
yeah... sekali tengok memang ada rupa janin. kesian abam2 pulis yang mai tu, tertipu kekdahnya  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang  ta boleh rampas ke? Menyusahkan polis. Kalau betul2 kena ignore mcm mana???
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 10:33 AM | Show all posts
ye la nmpk real sgt
takot iols tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2018 01:16 PM | Show all posts
Banyak yang boleh dipelajari dari kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian abg polis ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
HAHAHAHAHAH {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai sepentot? Hahahahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068819 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list