CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2935|Reply: 2

Kepentingan Minum Air Dan Sebab Air Kencing Berbau, Anda Yang Mana?

[Copy link]
Post time 29-10-2018 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Air sangat penting untuk tubuh kita yang mengandungi 75 peratus air dan 25 peratus lagi adalah pepejal. Kenapa tubuh kita memerlukan air?




Foto: Lifehack




Air dapat mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, toksik dari buah pinggang dan hati, serta melarutkan vitamin dan mineral. Air juga menghalang tubuh dari kecederaan.


Semua sistem dalam tubuh manusia memerlukan air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari.




Foto: healthyaddiction24




Air kencing boleh menentukan tahap kesihatan melalui warnanya. Warna dan bau air kencing boleh menjadi petunjuk terbaik untuk tahu tentang tahap penghidratan, tabiat pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan.




Carian Internet




Cuba periksa warna air kencing dengan carta warna air kencing di atas ini. Dari carta itu anda boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam tubuh anda. Adakah anda cukup air atau kurang air?




1. Cukup Air.
2. Masih cukup air.
3. Tanda-tanda awal dehidrasi.
4. Korang mungkin akan mengalami kekejangan dan masalah berkaitan haba.
5. Warning! korang kena minum lebih air.
6. Warning! Tolong minum lebih banyak air.
7. Warning! Tolonglah minum lebih banyak air.




Foto: Dokter Sehat




Bahan buangan dan warna air kencing akan menjadi gelap serta berbau kuat jika tubuh anda kekurangan air. Jadi, anda kena minum lebih banyak air supaya ia kembali normal.

1. Jangkitan saluran kencing/punding kencing
Membuatkan air kencing berbau agak busuk. Jangkitan ini namanya UTI atau radang pundi kencing (cystitis). Kalau dah jadi begini, cepat-cepat berjumpa doktor.


2. Telampau banyak minum kopi/kafein
Kopi ni ada kesan sampingan yang selalunya boleh menghasilkan bau yang sangat kuat pada air kencing. Pernah tak air kencing anda berbau seperti kopi?

3. Banyak makan bawang
Kepada yang suka makan bawang, mesti anda perasan bahawa air kencing, nafas dan peluh akan berbau. Bau bawang mentah lagi kuat dari bawang yang dimasak. Rajin-rajinlah minum air untuk mengurangkan bau tidak menyenangkan itu.

4. Makan asparagus
Sama seperti makan petai dan jering, asparagus juga memberi bau yang kurang menyenangkan pada air kencing. Tapi, tak semua yang makan asparagus akan mengalami keadaan ini. Pelik kan? Sebenarnya, dalam tubuh kita ada satu enzim khas yang memproses asparagus ini. namun, bukan semua manusia ada enzim ni.


5. Diabetis
Kalau anda rasa air kencing berbau manis, cepat-cepatlah ke klinik untuk membuat ujian air kencing.

6. Kerosakan pada usus
Usus mungkin boleh jadi bocor. Bila perkara ini terjadi, kandungan usus akan bercampur dengan kandungan punci kencing dan menyebabkan air kencing berbau. Pastikan air kencing bersih dan jika ada ternampak benda-benda halus dalam air kencing, itu menunjukkan usus anda telah bocor.

7. Terapi kanser
Kencing berbau adalah perkara normal untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.


Jadi, jagalah kesihatan dengan minum air secukupnya selain dari makan dan bersenam dengan baik. Kalau rasa seperti kurang sihat, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 01:28 PM | Show all posts
Isu semasa ke ni? Salah port
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 12:42 PM | Show all posts

Dah dibetulkan. TQ tuan atas teguran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18374 Replies : 21
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14079 Replies : 19
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 1512 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16429 Replies : 136
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28584 Replies : 130
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 3739 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.913794 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list