CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1308|Reply: 5

Penggemar Daging Rusa Dinasihat Berwaspada Jualan Daging Palsu

[Copy link]
Post time 14-6-2018 01:06 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Berita Harian



Bagi mereka yang gemar makan daging rusa diminta berwaspada dengan tawaran daging rusa yang dijual pada harga RM35 sekilogram  terutama menjelang sambutan Aidilfitri.


Memetik laporan Berita Harian, baru-baru ini terdapat sindiket menjual daging rusa tiruan didakwa semakin berleluasa sehingga menimbulkan kebimbangan kepada para penternak rusa.


sumber : Kosmo



Menrurut pengerusi Persatuan Penternak Rusa Zon Utara, Nor Azhar Mohd Nor, mustahil daging rusa tempatan mahupun diimport boleh dijual pada harga sedemikian dan didapati semakin banyak diiklankan melalui media sosial.

"Bayangkan seekor rusa yang diternak bernilai lebih RM2,000 seekor dan berat daging dan tulang yang boleh dijual sekitar 30 kilogram dan harga pasaran sekarang adalah sekitar RM70 sekilogram untuk daging bertulang."

"Jika dijual pada harga RM35 didarab 30, nilainya cuma sekitar RM1,050 saja untuk seekor dan di mana untungnya?"


Katanya, peniaga terbabit mendakwa mendapat bekalan yang banyak dari sebuah ladang sedangkan kita tahu belum ada pengusaha di Malaysia yang menternak dengan skala besar dan di seluruh negara cuma dianggarkan ada 15,000 ekor sahaja termasuk yang diternak oleh Jabatan Veterinar.


"Kita mengesyaki daging berkenaan adalah daging kerbau dan berharap pengguna tidak terpedaya. Kita juga percaya peniaga ini turut terpedaya dengan pembekal yang menipu mereka," kata pengusaha Semeliang Agro Farm itu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2018 01:08 PM | Show all posts
sedap ke daging rusa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 01:23 PM | Show all posts
tu daging khinzir la...

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi beli direct kat farm rusa laa
Dulu kat utara ada satu. I teringin smpai sudah x p beli pun
Kat kelantan ada satu yg aktif rasanya
Teringin jugak tapi ntah kenapa smpai skrg x beli2
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 02:25 PM | Show all posts
ko bagilah daging babi pun... ummah akan fefeeling makan daging rusa bukan dia tau beza.... janji murah katanya

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 02:51 PM | Show all posts
Ramai suka menipu dan ambil kesempatan dimusim perayaan macam sekarang ni jadi jangan mudah terpedaya dangan tawaran murah dari harga pasaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049707 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list