CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1641|Reply: 4

Adam Corrie Kejar Ganjaran Ramadan, Tolak Semua Tawaran Lakonan

[Copy link]
Post time 17-5-2018 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Tidak mahu ibadah puasanya kali ini terganggu dengan hal-hal dunia, maka Adam Corrie menolak apa sahaja tawaran lakonan di bulan Ramadhan untuk berebut ganjaran pahala.

Foto: IG Adam Corrie


Dia percaya pada rezeki yang Allah tetapkan dan tidak mahu melakukan apa-apa pekerjaan bagi memberi ruang untuk beribadah pada bulan yang istimewa ini.


Foto: IG Adam Corrie


"Untuk sepanjang ramadan memang saya tak ambil sebarang tawaran pun. Bagi saya, bulan ini adalah waktu untuk kita mengumpul pahala.


"Soal rezeki itu, saya percaya pada Allah. Insya-Allah mesti ada rezeki saya di tempat lain. Lebih baik saya beri tumpuan dalam melaksanakan ibadat puasa dengan baik," kata Adam kepada mStar Online.


Berkongsi cerita mengenai isterinya pula, Fazema Mohd Fuad sedang hamil tujuh bulan dan mereka juga telah membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulung tidak lama lagi.


Foto: IG Adam Corrie


"Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah mencecah tujuh bulan dan insya-Allah bayi kami dijangka lahir pada Julai depan. Kami teruja nak sambut kelahiran baharu dalam keluarga.


Foto: IG Adam Corrie


Menurutnya lagi, dia juga telah mengetahui jantina dan sudah ada nama untuk diberikan pada anak yang bakal lahir nanti.


Adam sememangnya seorang yang penyabar dan sentiasa mendekatkan diri pada Tuhan serta sering berkongsi ucapan yang baik di media sosial. Walaupun ada netizen yang kecam pada dirinya namun itu tidak melemahkan hati Adam dalam mendalami agama Islam.


Teruja juga menanti kelahiran anak Adam dan Fazema. Moga usaha dan fokus Adam bersama isteri tercinta dibulan Ramadhan ini sentiasa diberkati Tuhan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 12:14 PM | Show all posts
Soalnya, ada ke tawaran belakon . Aku tanya sbb tak pernah aku tengok drama  drama ada dia belakon skali. atau aku tertinggal train.

also better jangan pakai suit tuxedo tu skali. tak melambangkan ciri islamic

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:46 PM | Show all posts
selama ni pun drama Islamik poyo apa kau berlakon wahai mak hayam corrie ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Segan pulak baca ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.355885 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list