CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2759|Reply: 2

Rawat Migrain Dengan Menindik Telinga, Macam Mana Tu?

[Copy link]
Post time 5-1-2018 10:41 AM | Show all posts |Read mode



Foto: Joya.life





Zaman sekarang, menindik telinga bukan perkara asing lagi. Ramai di kalangan lelaki mahupun wanita melakukannya bagi tujuan kecantikan.


Bagaimanapun, menurut Thesun.co, terdapat dakwaan mengatakan menindik telinga merupakan salah satu kaedah perubatan. Sukar dipercayai, bukan?




Penyembuh migrain


Foto: Homeangles.com.my




Tindikan 'Daith piercing' didakwa dapat merawat migrain atau sakit kepala yang berdenyut-denyut. Daith piercing merupakan kaedah menindik telinga di bahagian tulang rawan iaitu bahagian dalam telinga itu sendiri. Pasti amat menyakitkan!





Foto: Youtube.com




Tambahan pula, ia menggunakan teknik tersendiri yang berbeza dan memerlukan jarum melengkung khas untuk menindik telinga.


Bayangkan, selepas menindik telinga, ia memerlukan sekitar tiga hingga enam bulan untuk proses pemulihan. Satu tempoh yang agak lama juga tu.





Foto: Bukalapak.com





Beberapa orang mendakwa, dengan menindik telinga, ia dapat membantu menghilangkan migrain. Ini kerana, berkemungkinan kawasan yang ditindik itu ialah titik akupuntur.


Seperti yang kita tahu, di China, rawatan yang melibatkan titik akupuntur sudah terkenal dengan keberkesanannya. Jadi, berkemungkinan menindik telinga mempunyai kesan sama dengan rawatan akupuntur.


Namun, hingga kini masih tiada teori kukuh untuk membuktikan kesahihannya walaupun penderita migrain berpendapat bahawa dengan menindik telinga, ia dapat melegakan migrain.





Foto: Tattoo-map.com




Sementara itu, doktor dari Klinik Cleveland mempertikaikan dakwaan Daith piercing yang mampu menghilangkan migrain.


"Tiada penyelidikan perubatan yang menyokong teori ini.

"Mungkin kesakitan mereka berkurangan kerana menumpukan pada rasa sakit akibat ditindik. Ia kesan psikologi memanipulasi minda mengalihkan rasa sakit migrain kepada rasa sakit menindik itu sendiri," katanya.


Macam-macam, kan? Lain orang lain pendapatnya. Yang pasti, banyak lagi kaedah rawatan yang diiktiraf bagi mengubati migrain di luar sana. Jadi, jangan memandai-mandai mencuba cara sebegini pula ya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm x nak ah. Takut {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah tau pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 6373 Replies : 4
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18396 Replies : 22
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 4038 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:43 PM GMT+8 , Processed in 1.422795 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list