CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 10417|Reply: 28

Padang Besar Untuk Selera Besar, Memang Berbaloi-baloi!

[Copy link]
Post time 19-12-2017 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Nama Padang Besar sinonim dengan jualan "mak-neka" (pelbagai benda) yang melekakan. Dari perkakas rumah, kain baju, aksesori, snek, kegunaan peribadi, cenderahati (nak kahwin, kena datang beli di sini tau! Murah berbaloi-baloi!), permainan dan yang sewaktu dengannya.

Makan? Mestilah ada! Bersedialah untuk kecur air liur dengan beraneka makanan. Kalau tak sedia perut kosong, rugi sangat! Semua makanan nak dicubanya. Iyalah, bukan senang nak sampai ke sini. Kalau berkereta dari Johor Bahru sejauh 842km. Naik kereta api pun boleh, cuma ambil masa 12 jam, erkks.


Serius macam-macam ada.
Foto: danontheroad



Gerai makanan terletak di sebelah pasar di mana pengunjung boleh beli pulut, ikan bilis, buah-buahan, makanan terutama snek, pokok bunga (Murah dan boleh tawar-menawar lagi!).



Salah sebuah gerai yang jadi tumpuan kerana layanan yang pantas dan peramah adalah milik Siti Hasmah. Serba-serbi masakan Thai ada. Memang susah nak pilih yang mana.





Patut dikunjungi setelah penat membeli-belah.



Apa je yang ada?



Jom mula dengan Laksa Thai atau Laksa Siam. Rasa unik dengan ulam-ulaman timun, taugeh mentah dan pucuk petai belalang. Lemak dan pedas yang cukup membuka selera. Kena cuba, tau.





Laksa Siam. Pedas-pedas lemak.





Jangan lupa makan Pulut Ayam. Nampak serba ringkas saja, namun sedap terangkat! Ayam yang berperisa digoreng rangup, bawang goreng yang harum, sos cilinya memecah selera dan pulut nan gebu... Ah, rasa sendiri baru tahu betapa sedapnya!





Juadah wajib di Padang Besar.
foto: prettyinluv





Selain makanan, cakap saja nak minum air apa. Kopi berbelas jenis, air buah-buahan berpuluh jenis, air kelapa 'shake' (coconut shake) pun ada.



Sebab apa saya kata selera kena besar bila datang sini? Sebab ada satu lagi sajian wajib korang kena cuba iaitu Pulut Durian! (Sepanjang tahun ada sebab durian Thai tidak bermusim)



Pulut Durian dengan aroma daun pandan dan lemak kuah santan. Memang jilat jari!





Kalau suka shopping, suka makan, datanglah ke Padang Besar. Ya, selera nak barang branded susahlah nak cari, tapi yang mutu AA tetap ada. Paling best untuk kaki masak, ada periuk, pengukus dan seumpamanya pada harga yang 'poket anda sukai'. Jom borong!





Bersedia untuk selera besar di Padang Besar!


Alamat: No.3, Gerai Pasar MPK, Padang Besar (U), Perlis.





Bila penat membeli-belah, boleh berhenti rehat dan menjamu selera. Bila dah 'penat' makan, boleh sambung membeli lagi. Menang membeli, perut pun senang hati! - CARI








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Medan selera dia tu dah laa mahaii..masak cincai je..klu selera besar sila bawa wang besar juga ya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:31 AM | Show all posts
mahal ke??? ala... baru plan nak bawak parents berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:54 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 19-12-2017 11:09 AM
Medan selera dia tu dah laa mahaii..masak cincai je..klu selera besar sila bawa wang besar juga ya..

lah dik makan situ ke, memanglah mahal siapa cakap murah, nak murah makan kt perlis, situ harga pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:55 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 19-12-2017 11:31 AM
mahal ke??? ala... baru plan nak bawak parents berjalan

makanan lauk pauk mahal cekik darah, kain baju ok lah tp pergi hari weekday boleh nego harga, harga buah buahan biasa2 je tak mahal tak murah.


menu makanan pelik2 harus dicuba standard je harga sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 12:15 PM | Show all posts
so berbaloi ke tidak klu pegi ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 19-12-2017 11:09 AM
Medan selera dia tu dah laa mahaii..masak cincai je..klu selera besar sila bawa wang besar juga ya..

yup betul nh... koi beli air teh ais gelas besar tu pun dah rm5... hahaha belum lagi colek buahan2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 12:28 PM | Show all posts
Kalau pergi time cuti sekolah ka..publik holiday ka..memang kena katok la..nak pi kalu mau time weekday bukan time cuti...murah la sikit kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 04:06 PM | Show all posts
Pernah sekali gi padang besar,x de la best sgt. Prg pengkalan kubor lg best.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 04:50 PM | Show all posts
kalau lecturer aku selalu ulang 'kedai2 kat situ kebanyakan dapat D je kebersihan paling tinggi pun B'
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 05:04 PM | Show all posts
kalo pi mkn kat pdg besar, sila pi cuba mkn di gerai no.9 di arked padang besar.. nama gerai 'gerai istimewa'.. harga berbaloi dgn rasa makanan.. mmg ni gerai fave aku.. gerai sebelah dia tu aku dah blacklist sbb pernah dpt ayam hanyir..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:38 PM | Show all posts
Kalau tersampai time bukan cuti sekolah harga ok sikit. Tapi ramai org pi time cuti sekolah. Nama pun melancong. Anyway banyak tempat2 yg buleh makan sedap dan murah di perlis. Aku akan avoid kedai2 yg overhype. or Popular, sbb harga mcm kat KL.
Cth kalau aku pi perlih, kalau sempat aku pi tala -Nasik Ayam RM2.50. Nasik Kandaq beratoq. Kedai Nasik daging. Nasik Kandaq market (tgk org beratoq. kedai tu la). Sate dua kupang. Pulut ayam nat utan getah, Kedai laksa Kak Chah. Nasik Goreng Daging Abang Dan.
Cara yg senang, tanya local people. Forget what you read and saw in the internet. Depa lagi tau kedai mana yg sedap dan harga berpatutan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 12:49 PM | Show all posts
Tak ingat last time I jejak kaki ke Perlis. It must have been years.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Msk list tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya...akan dicuba
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 02:29 PM | Show all posts
mahal ikut musim ke mcm public holiday ke? or mmg sentiasa mahal ke macam mna?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 11:50 AM | Show all posts
dah lame nak pegi perlis tapi tak dapat2 lagi

aigoo sedapnye pulut hayam
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:51 AM | Show all posts
dah lame nak pegi perlis tapi tak dapat2 lagi

aigoo sedapnye pulut hayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Can try this in my nx trip{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat bergenerasi iols sopink periuk sini...tok iols siap boleh kawtim harga murah gila...
biasa beli cap buaya saja laaa...
puluit ayam...yummyy
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18062 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43175 Replies : 75
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58
Faces of Death (2026)
pisanggorengFaces of Death (2026)
Views : 14701 Replies : 2
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 65401 Replies : 133
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24310 Replies : 70
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39841 Replies : 253

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 1.307565 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list