CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2215|Reply: 1

[Tempatan] Keuntungan selepas cukai Astro meningkat 23 peratus

[Copy link]
Post time 7-12-2017 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jenglord666 at 7-12-2017 11:05 PM



KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM589 juta bagi 9 bulan pertama tahun kewangan 2018.

Ini merupakan peningkatan 23 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Astro bagaimanapun menyaksikan penyusutan pendapatan sebanyak 2 peratus, kepada RM4.14 bilion ringgit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Datuk Rohana Rozhan, prestasi kewangan Astro dianggap positif jika mengambil kira persekitaran industri media yang mencabar sepanjang tahun ini.
Beliau berkata, peralihan fokus Astro dari platform televisyen di rumah kepada platform digital menjadi fokus utama syarikat itu bergerak ke hadapan.

“Bergerak ke hadapan, kami perlu pastikan bahawa sambil kami mengukuhkan lagi perkhidmatan lama kami dan menukar fokus perkhidmatan kami, pada masa yang sama, kami juga perlu mempunyai dua enjin pertumbuhan utama.

“Salah satunya adalah pertumbuhan dalam ruang individu. Sebagai contoh, Astro sangat kuat di ruang rumah, kini kami juga ingin menjadi kuat dalam ruang individu. Bukan hanya ruang individu di Malaysia, tetapi juga ruang individu di rantau ini melalui aplikasi Tribe kami,” katanya.

Bagi tempoh yang sama, Astro turut mencatatkan peningkatan aliran tunai bebas kepada RM1.16 bilion, manakala perkongsian pasarannya meningkat kepada 73 peratus daripada keseluruhan isi rumah Malaysia.

Astro turut mencatatkan peningkatan pada Keuntungan Sebelum Cukai, Faedah, Susut Nilai Dan Pelunasan (EBITDA) sebanyak 4 peratus tahun ke tahun kepada RM1.43 bilion.

Ia turut mencatatkan peningkatan 0.4 peratus pada pendapatan pengiklanan, dengan perkongsian pendapatan pengiklanan televisyen dicatat pada 44 peratus dan perkongsian pendapatan pengiklanan radio sebanyak 74 peratus.

Susulan keputusan ini, Astro mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 3 sen sesaham. Read more: http://pplawakinfo.blogspot.my/2 ... as-cukai-astro.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau doh naikkan sewa bulana  dan charge yuran sambungan bila bayar lambat mana tak untuk. Bila nak naikkan yuran langganan dok cakap operasi makin meningkat.

Kat Malaysia. Satu cara nak untung... jual mahal mahal service lantak ler..nasib nasib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644rakku
Views : 404 Replies : 0
akku
kuku78644rakku
Views : 1212 Replies : 0
akku
akku78875akku
Views : 2930 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 4243 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 5154 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:20 AM GMT+8 , Processed in 2.360287 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list