CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1766|Reply: 10

Kerajaan Kekal Had Laju Kebangsaan

[Copy link]
Post time 7-11-2017 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kerja Raya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan tidak akan menaikkan had laju kebangsaan yang diwartakan iaitu 80 kilometer sejam (km/j) di jalan negeri, 90 km/j di jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.








Kementerian itu berkata sedemikian bagi menjawab pertanyaan Dr Ismail Daut (BN-Merbok) berhubung status perbincangan kementerian dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkaitan cadangan menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130km/j, lapor Bernama.


Memetik Bernama, keputusan itu berikutan statistik kemalangan jalan raya masih tinggi dan mengambil kira implikasi kos untuk menaik taraf geometrik jalan raya yang terlibat.

“Penentuan had laju sesuatu jalan itu diwartakan, mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan.

“Walaupun terdapat lebuh raya di negara ini yang direka bentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j,” katanya.


Jelasnya, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan JKJR berhubung perkara itu memandangkan penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini adalah untuk menjaga keselamatan pengguna. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tau sgt lebuhraya mana yg boleh lebih had laju tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 03:52 PM | Show all posts
husie91 replied at 7-11-2017 03:20 PM
nak tau sgt lebuhraya mana yg boleh lebih had laju tu

lebuhraya kita mmg di design utk kelajuan lebih tinggi.

siapa yg boleh sahkan, mungking Lembaga Lebuuhraya Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:00 PM | Show all posts
federal hway tu tolong laaa up ke 90kmj..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni I nak remindkan pemandu babiy yg ada dalam forum ni..speed limit depan sekolah 30kmh o.k. babiy.. baru ni ada seekor babiy tua nak mati dah tak padan dengan umur overtake 2 keta depan sekolah sampai langgar kereta orang.. total loss kereta org tu.. dah lah babiy sombong kemain lagi semoga si babiy jatuh sakit & menderita
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 7-11-2017 04:00 PM
federal hway tu tolong laaa up ke 90kmj..

Mana boleh!  Situ la punca pendapatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2017 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Jorja replied at 7-11-2017 04:23 PM
Ni I nak remindkan pemandu babiy yg ada dalam forum ni..speed limit depan sekolah 30kmh o.k. babiy.. ...

wey.....marah babi tau. Eja betul2 nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:44 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 7-11-2017 08:00 AM
federal hway tu tolong laaa up ke 90kmj..

selama ni berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2017 05:25 PM | Show all posts

sekarang 80kmj..
kat mana2 hway (bukan jalan persekutuan yek) pon aku rasa kalo nak suruh drive 80kmj, mcm payah jek..
90kmj ok lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 05:33 PM | Show all posts
eh lori bawak 90 je ker.....dah turun ek.....selama ni bawak macam pelesit lebih 120 pon ada...siap menyelinap sana sini macam lipas....lagi2 kalo yang takder muatan.....#inisarcasm
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 11:40 AM | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 7-11-2017 03:52 PM
lebuhraya kita mmg di design utk kelajuan lebih tinggi.

siapa yg boleh sahkan, mungking Lembaga ...

try sendiri dah sahkan sendiri.  kalau selamat sampai destinasi tu kira sah laaaaa.  tapi ia tetap menyalahi peraturan.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.086260 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list