CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3907|Reply: 16

8 Cara Sejukkan Badan Dan Rumah! Tak Perlu Air-Cond, No.2 Tu Paling Syok

[Copy link]
Post time 23-10-2017 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Panas terik! Duduk diam sahaja di rumah pun sampai basah baju berpeluh-peluh. Kalau nak tidur lagilah terasa bahangnya.


Cuaca panas yang melanda Malaysia kebelakangan ini memang buat sesiapa pun gelisah. Bertuah bagi mereka yang ada air-cond dalam rumah tapi bil elektrik pula pasti melambung tinggi nanti!


Alangkah bagusnya kalau ada cara untuk sejukkan rumah dan badan, tanpa guna air-cond. Nak tahu? Ini yang perlu anda lakukan:


1. Minimakan haba
Pastikan anda tutup semua perkakasan haba macam televisyen, lampu dan laptop


2. Buat air-cond sendiri
Bekukan air botol semalaman. Letakkannya di lantai, betul-betul di bawah kipas siling atau letakkan air botol beku tadi di belakang kipas meja. (Tabur sedikit garam di atasnya untuk kekalkan beku air botol.


Foto: adventheatairandplumbing.com




3. Beralih tempat tidur
Tinggalkan tilam sebentar dan baring atas lantai beberapa minit.


4. Masukkan bantal dan selimut dalam freezer
Lipat kecil-kecil dan masukkan dalam plastik. Gunakan cadar dan sarung bantal dari sutera atau satin.



Foto: housekeeping.wonderhowto.com



5. Basahkan sapu tangan dan letakkan di belakang leher
Leher mempunyai sensor yang mengawal suhu badan, Jadi kalau leher sejuk, maka seluruh badan akan sejuk.



6. Letak kipas meja berdekatan dengan tingkap
Ini membolehkan udara panas yang terkumpul dalam bilik dikeluarkan. Lagi banyak kipas lagi bagus.


Foto: Greatist.com



7. Guna pelembap udara atau humidifier
Ia tidak semahal air-cond dan boleh membantu menambah kelembapan udara.


8. Letak sebekas ais depan kipas angin
Boleh tahan sampai 2 hingga 3 jam


Foto: Mirror.co.uk


Memang sangat praktikal dan berkesan. Cuba dulu dan rasakan perubahannya sendiri. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 12:13 PM | Show all posts
mmg panas pn skg ni

kalau blk umah mertua lg la panas nye ya ampunn

tapi sabar je la kan.. xkan nk komplen

sllu hrp adik ipar xde kt umah..tp dorang pn blk jugak...dah la panas ngn udara panas, tmbh plk panas belitup bagai...

tapi xpe la dah biasa dh.. petang2 kalau xde pape buat g terjun sungai

fuhhh sedap beremdam dlm sungai sejuk..anak2 pn suka gak...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 12:31 PM | Show all posts
panas kt dunia je ni.

nak pasang air cond satu biji air cond sebulan RM 70 kos elektrik..  pakai kipas jenama dawa bagus ,macam kipas kilang. sekali buka mmg terasa sejuk kecuali tengah hari bahang yang amat rasa cm kat afrika utara
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu buat no 3 kalau putus karan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
No 2 tk kuasa I nk tadah air yg mengalami proses kondensasi tu nnt... better lg nmbor 8
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:31 PM | Show all posts
ok boleh try satlg malam..

buat ais ketul dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dah suruh husband beli ais
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
9. Banyakkan berzikir. Baca al-quran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 03:39 PM | Show all posts
musim panas dh kembaliiiiii... boleh praktikkan ilmu ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmbr 2 tu x takut d sambar elektrik kah?  Cam bahaya jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mase kt asrama yg mampu buat no.5 jela....mampula bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 11:02 AM | Show all posts
sengkek nya yg no.2 tu...ada ke org buat camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 02:35 PM | Show all posts
yg no 2 tu, tak takut ke kalau ais cair pastu mengalir masuk kat toncet kipas blkg tu, tak pasal2 habis tebako
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 04:21 PM | Show all posts
bole try..klu blk kg yarabbi panas x ingat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mlm2 kt sini sejuk.. tarik selimut lg haa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cadar satin? Tak serap peluh kan. Makin berpeluh jadinya. Taip pun rasa panas bila membayangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.461408 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list