CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 11262|Reply: 37

Macam Anak Dara, Wanita Ini Kongsi 10 Rahsia Badan Langsing Selepas Bersalin

[Copy link]
Post time 20-7-2017 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Nak tahu apa masalah terbesar kaum wanita selepas bersalin? Jawapannya tak lain dan tak bukan mestilah kenaikan berat badan yang ketara.


Lagi malang bila suami pula mula bersikap dingin disebabkan sudah tidak tertarik dengan bentuk badan isteri. Jangan sedih dulu, ada caranya!


Ikuti tips dan cara penjagaan diri selepas bersalin oleh wanita yang dikenali sebagai Nur Balqis Bt Yunus ini tentang bagaimana dirinya kekal langsing walaupun sudah mempunyai 4 orang cahaya mata.

Nur Balqis, Foto: Facebook


1. Teruskan beri susu badan kepada anak-anak anda
Lebih kerap kita menyusukan badan, lebih cepat berat badan turun dan anak pun sihat.

2. Pastikan badan sentiasa panas
Amalkan jamu seminggu selepas bersalin. Lebih elok makan jamu kampung yang dicampur dengan akar kayu serta makanan yang boleh memanaskan badan macam halia dan lada hitam supaya senang berpeluh dan sekaligus menyihatkan.

3. Amalkan pakai bengkung selama 100 hari
Pakai bengkung setiap masa kecuali mandi, berurut dan bertungku. Sebelum pakai letakkan minyak panas supaya perut lebih cepat mengecil.


4. Amalkan bertungku
Buat setiap hari sampai habis tempoh berpantang.


5. Jaga makan
Makan dalam jumlah kecil,tapi kerap. Elakkan minum ais dan amalkan makan sup ikan, sayur, ayam yang dicampur dengan halia dan lada hitam.


6. Ambil vitamin C dan Habbatus Sauda
Amalkan pengambilan kedua-dua bahan ini sebelum tidur.


7. Jangan duduk dalam aircond untuk 100 hari
Jangan pasang dalam rumah. Kalau masuk kereta duduklah di belakang dan lindungi badan anda dengan baju sejuk.


8. Pakai stoking
Sentiasa pastikan kaki anda panas.


9. Pantang dengan suami
Jangan melakukan hubungan intim dengan suami selama 100 hari.


10. Berurut dan bertangas adalah wajib
Ambil air , rebus dengan halia , manjakani, serai wangi , daun pandan, daun limau purut , daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut. Rebus sampai menggelegak. Amalkan bertangas selama setengah jam setiap hari.


Nur Balqis, Foto: Facebook



Walaupun banyak yang perlu dilakukan tapi hasilnya memang hebat sekali.
Bukan untuk orang lain, tapi untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 06:14 PM | Show all posts
sendunyaaa  haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 08:27 PM | Show all posts
alah kalau ko keturunan badan kecik atau mmg jenis makan tak banyak..mmg kurus la badan tu balik.... itu semua amalan untuk menyegarkan badan saje... nak kurus nk tk nk kena diet dan senam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan iols dulu dlm pantang pun belasah pizza tapi kurus je badan sebab mmg genetik kurus. So pandai pandai la adjust badan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu iols ank sembilan tp body langsing je.. Dia kata xde amalkan apa2.. Penat berlari kejar anak 9 org je dh cukup utk bakar kalori..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 21-7-2017 01:10 AM
Sepupu iols ank sembilan tp body langsing je.. Dia kata xde amalkan apa2.. Penat berlari kejar anak  ...

sepupu uols mak aiman tino kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2017 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 21-7-2017 02:30 AM
sepupu uols mak aiman tino kah

Hello.. Mak emantino tu kuruih ka?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 11:15 AM | Show all posts
double chin pun xde ye, tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 11:26 AM | Show all posts
dah genetik kurus, makan byk pun x effect, jelesssnye tgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:03 PM | Show all posts
mmg SOP pantang org melayu kan
nak dgn taknak
kental tak kental je kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:54 PM | Show all posts
Nak lawa hati kene kental..aku lepas pantang semua bnd aku nak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
100 Hari x romen birahnya kau dik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-7-2017 05:52 PM
100 Hari x romen birahnya kau dik.

Sepatutnya kena berapa hari baru tak dikira birah sis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 21-7-2017 06:28 PM
Sepatutnya kena berapa hari baru tak dikira birah sis?

Maksimum 60 hari je berpantang dik. Lebih daripada tu birah and sayur

Akak hari 63 dh blh scuba diving. Cantik lg allignment body akak, 36c, 30, 34. tak de saggy apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-7-2017 06:30 PM
Maksimum 60 hari je berpantang dik. Lebih daripada tu birah and sayur  

Akak hari 63 dh bl ...

Bukan ke lagi cepat main lagi org panggil birah sis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 06:45 PM | Show all posts
barfi replied at 21-7-2017 06:33 PM
Bukan ke lagi cepat main lagi org panggil birah sis?

ni birah lain sis. birah nak jaga badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ni utk diamalkan..tp kdg2 x konsisten..nk2 musim.panas gini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan..kekdahnya bkn bnda2 tu sume..kalau ktrunan jnis bdn halus,lantak sebaldi bgtu juga.tp yela,taleh na kecam .tu kaedah dia..hormon bdn ta same..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Siksanya.....

Lepas pantang kkorang gi zumba je.....cepat le kurus....bdn pun sihat...

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls ni dahla dari baka yg besar..makan sikit tapi cepat naik berat badan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.130096 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list